Indahnya Malam
Setiap hari kita menghadapi perubahan antara siang dan malam. Adakalanya kita terleka dibuai kerja dan tanggungjawap hinggakan perubahan antara malam dan siang tidak terasa. Bagi mereka yang menyedari perubahan ini, mereka berpeluang melihat kecantikannya. Masakan para photographer menunggu untuk merakamkan gambar-gambar saat indah ini. Sedar tidak sedar, saat indah ini terjadi setiap hari. Bukan sekali setiap hari, tetapi 2 kali sehari.
Saat ini sangat indah kerana disitulah kita juga bertukar dari kerja yang meletihkan kepada waktu berehat. Meskipun ada yang bekerja malam, tetapi dia juga mengalami perubahan di waktu pagi.
Oleh kerana itu, sedang kita sangat bekerja keras, kita perlu pulang ke fitrah manusia itu sendiri iaitu berehat selepas penat.
Semudah itu fitrah manusia.
Tentu apabila kita berfikir secara logika, tentu ada sebabnya kenapa Allah menjadikan masa itu 24 jam dan di malamnya kita disarankan berehat dan beribadat.
Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (Surah Fussilat:12)
Jika kita bekerja melebih dari 12jam sehari. Masakan Allah menyarankan kita berehat dan beribadat di waktu malam.
“Demi masa, manusia itu dalam kerugian.”
Sememangnya betul. Jika kita hanya bekerja dan tidak berehat serta beribadat, kita akan rugi. Rugi akan usaha kita yang menipis untuk masa kita di destinasi kekal, iaitu di daerah akhirat. Mereka yang bekerja siang dan malam juga akan rugi untuk mendapat keselesaan dan ketenangan.
Ada juga mereka yang akan menyangkal pendapat ini kerana usia mereka masih muda dan ingin bekerja keras untuk kesenangan.
Walhal, dari usia muda inilah apabila kita tidak tamak, kita sudah boleh mengecapi ketenangan dan kehebatan hidup dengan alunan kerja bersungguh-sungguh di kala siang, hingga berehat diawal malam serta berqiamulail di waktu lewat malam. Dari muda merasa ketenangan hingga ke akhir usia. Wah, jauh lebih lamakan?
Mahu dipulun habis-habisan, ya, di waktu siang. Walaubagaimanapun, Islam tidak melarang umatnya mengecapi kekayaan.
Sungguh indah sekali.
Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya)… (Surah Az-Zumar:5)
Di setiap malam yang Allah ciptakan adanya ketenangan bagi mereka yang berakal. Kasih dan sayangnya Allah pada manusia menjadikan kita waktu berusaha bersama waktu untuk beristi-rehat dan riang.
Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. (Surah Al-Furqan:47)
Hanya bagi mereka berakal dan pelbagai bonus bagi mereka beriman kerana ketenangan hakiki apabila kita beriman di jalan Allah. Sesungguhnya agama Islam itu agama yang sejahtera dan harmoni dengan fitrah manusia.
Katakanlah: “Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?” (Surah Al-Qasas:71)
Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?” (Surah Al-Qasas:72)