Ganda Rezeki Siri 1

Cara memohon rezeki berganda
1. Cara ini Allah izinkan untuk saya dan beberapa orang yang saya kenal berhasil. Alhamdulillah
2. Percayalah bahawa setiap ayat alQuran itu adalah benar.
3. 3 ayat yang menyebut bahawa berbuat kebaikan akan diganda 7x dan 10x serta dengan taqwa akan menambah rezeki dari punca tidak disangka. Cari ayat ini dan faham bebetul, cari guru untuk fahami.
4. Kalau sudah makan gaji, berbisnis kecilan macam mana nak berganda pendapatan? Rujuk no 3, maka dapatlah jawapan.
5. Dari gaji contohnya 1500, dalam bajet bulanan, bajet siap siap berapa untuk diinfaqkan. Ini bermakna bukan memberi bila mampu tapi memberi dengan apa kita sayang sangat sangat. Mau tak sayang, gaji baki sikit jer kan.. Jadi sangat sayang…. Tapi bajet jugak. Contohnya rm30 sebulan.
6. Kita kena nekad untuk habiskan bajet infaq itu untuk diberikan. Tak kisahlah sekaligus ke atau sikit-sikit ke dan tak kisah di mana sekalipun.. Masjid ke.. Nak belanja kekawan ke.. Tapi jangan tak belanja untuk keluarga termasuk mak ayah….
7. Masa memberi niatlah untuk infaq kerana Allah dan kerana mengikut perintahnya serta dimurahkanlah rezeki.
8. Jangan cari bila nak berganda. Buat dengan istiqomah setiap bulan.
9. Satu hari akan sedar duit bulanan bertambah atau kurang dibelanjakan.
10. Apa perlu buat ketika dah sedar tu, syukurlah dan gandakan bajet infaq. Kerana dengan bersyukur itu akan Allah tambahkan rezeki.
Logik
Bulan Pertama (T+O)
Gaji rm1500
Infaq rm30
Net earn rm1500
Bulan T+X where X is positive integer
Gaji rm1500
Infaq rm30
Gandaan rm30x10=rm300
Net earn rm1800
…
…..
…….
Gaji rm1500
Infaq rm50
Gandaan rm50x10=rm500
Net earn rm2000
..
…
…..
Gaji rm1500
Infaq rm100
Gandaan rm100x10=rm1000
Net earn rm2500
Perlu diingatkan jangan duduk goyang kaki tetapi kena usaha… Kerana denngan usaha itu kita tawakal kepada Allah… Maka taqwa kita membesar dan keyakinan bertambah….
Cubalah buat…. Insya-Allah Terbuka pintu rezeki…
Ada lagi cara contohnya berhutang dan nak bayar cepat… Yang lelain kena duduk belajar dan mengajar semeja….
Selamat berusaha!