Logo
  • Pencatat Nota
Copyright, 2015
February 3, 2016
Zulakmar
Business, Cetusan Idea, Cetusan Pendapatan, Kepimpinan & Pengurusan, Komen dari Pemerhatian, Others, Personal
0

Surat Terbuka Kepada DSMM

PreviousNext

Assalamualaikum Dato’ Seri Mukhriz Mahathir,

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DS atas kepimpinan yang membanggakan dan atas jasa budi DS mengorbankan diri untuk mentadbir Negeri Kedah selama ini.

Saya salah seorang anak Kedah diperantauan, merasakan kami yang berjauhan dari negeri Kedah sekalipun dapat merasai kepimpinan DS di Kedah.

Kepimpinan bagaikan nakhoda yang menentu arah kapal. Bukan sekadar menentu arah dan mengawal hala tuju kapal, malah untuk melakukan tugas itu juga perlunya ilmu dan kebijaksanaan serta pengalaman.
Sejujurnya kepimpinan DS memiliki ketiga-tiga ciri itu sehinggakan negeri Kedah meraih keamanan dan keharmonian perpaduan dikalangan masyarakat.

Saya amat merasakan bahawa sebuah institusi kepimpinan untuk melatih jiwa-jiwa muda dan generasi kepimpinan akan datang diperlukan. Samada ia perlu ditubuhkan dengan menambah skop sedia ada pada Perdana Leadership Foundation ataupun sebagai sebuah institusi baharu, ia masih perlu diperincikan.

Malaysia terutamanya semakin hilang taring yang terpenting. Ikon harimau kini bagaikan harimau yang hilang taringnya. Harimau tiada taring tidak diangkat sebagai raja rimba. Demikianlah analogi bagi sebuah negara yang mengambil semangat si harimau Malaya. Tiada kepimpinan yang baik seperti harimau hilang taringnya.
Sebagai belia, saya masih tertanya, kemanakah hala tuju Malaysia dan Kedah? Kita bukan lagi dikenali sebagai negara industri elektronik dan semakin hilang nama sebagai negara utama dalam industri komunikasi dan tekonologi. Apatah lagi ingin mengangkat negara sebagai pertanian no 1 Asia? Saya mula bertanya, siapakah anak-anak muda di masa 20 tahun akan datang?

Persoalan saya nampak kabur dengan jawapannya kerana kepimpinan yang terlalu lantang dalam politik hinggakan hala tuju kabur dan visi yang tidak jelas.

Masih segar dalam ingatan saya, pertemuan saya dengan Dato’ Seri di Seri Perdana pada tahun 1997, ketika itu saya masih di tingkatan 2 dan menziarahi Seri Perdana dalam siri lawatan sambil belajar KSAH ke KL. Dato’ Seri bertanya kepada kami sekelas, apakah cita-cita kami? Setiap kami bercerita tentang cita-cita kami dan hanya beberapa orang dikalangan kami masih kabur dengan cita-cita. DS menasihati kami dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan cita-cita sebagai motivasi kami dalam belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita itu. Tetapi hari ini, saya kabur dengan arah tuju dan misi negara. Kepimpinan yang tidak mendefinasikan arah tuju yang jelas dan tindakan yang menuju kepada visi yang jelas.

Saya amat berharap, sebuah institusi atau Akademi Kepimpinan yang lahir dari pemimpin dan ulama terbilang dapat melahirkan pemimpin berkualiti yang meletakan agama sebagai panduan, ilmu sebagai landasan, dan visi negara sebagai tujuan.

Saya yang hina sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Semoga Allah redha.

Zulakmar Hazwan Zulkhefli
3 Februari 2016
Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid
Usahawan Teknologi Kejuruteraan Telekomunikasi

Related

dato' seri mukhriz mahathirdsmmkedahkepimpinanleadershipmukhrizmukhriz mahathirPolitiktun m
Share this

The Author Zulakmar

A man who people call him an engineer but himself calling a friend to everyone :) and.. Very opened to discuss any issue for knowledge and development :)

Seorang pencatat nota bagi apa diketahuinya dan apa rasional untuk dikongsi dari fikirannya. Kewajaran baginya untuk pembaca apa dicatatnya berfikir sebelum bertindak dan mengenal pasti risiko sebelum mengamalkannya.

Seorang yang pasti ada yang tidak menyukainya kerana kelantangan kata-katanya tetapi berpendirian teguh dengan apa difikirnya kerana itu datangnya kewajaan diri sebagai seorang pemikir dan pencatat.

Catatan kata-kata dan leteran itu adalah ilmu mudah. Setiap catatan adalah ilmu dan berfikir itu memastikan antara ilmu itu boleh diguna atau tidak berguna.

0 Comments General

Leave A Comment

 
MENGHARUNGI FASA TRANSFORMASI NASIONAL
Harapan Hina
Surat Terbuka Kepada DSMM
Ilmu, Belajar & Menara Gading
Jawatan & Kerja

Kategori Buku Nota

  • Agama (123)
  • Business (9)
  • Disiplin Nota (205)
    • Cetusan Idea (19)
    • Cetusan Pendapatan (65)
    • Fakta (55)
    • Komen dari Pemerhatian (67)
    • Luahan Rasa (2)
    • Salinan Semula (73)
    • Seni Warisan & Sastera (46)
    • Simpanan Nota Bermanfaat (9)
    • Video (8)
  • Engineering & Sciences (20)
  • Kembara Notafikir (10)
  • Kepimpinan & Pengurusan (13)
  • Kisah-kisah Santai (40)
  • Knowledge Sharing (74)
  • Monolog (13)
  • Nasihat (19)
  • Others (8)
  • Personal (45)
  • Pingai Iram (1)
  • Politics & Economy (32)
  • Renungan (20)
  • Seni & Sastera (46)
  • Sirah (7)
  • Sociology (24)
  • Understanding Islam (49)

Tags

akhirat al-quran Allah Anak bahagian cabaran cinta doa dosa dugaan duit fathul hadith ilmu indonesia Islam kahwin kepimpinan kitab Kitab Nashaihul Ibad Masa melayu Nashaihul Ibad neraka notafikir pahala penggembala Politik puasa puisi ramadhan Rasulullah Rasulullah SAW Raya rezeki Sajak seoul South Korea syurga tauhid tawaf Tawaf Penggembala Tunang ucapan Yahudi

Bookshelves

The Drop
The Lost Symbol
MALAYSIAN TALES: Retold & Remixed
Cinta Fansuri
Mukmin Profesional: Celik Mata Hati
Ilham di Tepi Tasik
Lost Times and Untold Tales from the Malay World
Readings from Readings: New Malaysian Writing
The Imperfectionists
Keledang
Dari Salina ke Langit Petang
Don't Be Sad
Islam Liberal dan Pluralisme Agama
Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan
Bukan Pasarmalam
Tahafut-Al-Falasifah - Incoherence of the Philosophers
Einstein Never Used Flashcards: How Our Children Really Learn--and Why They Need to Play More and Memorize Less
Active Baby, Healthy Brain: 135 Fun Exercises and Activities to Maximize Your Child's Brain Development from Birth Through Age 5 1/2
A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
What's Right with Islam: is What's Right with America
}
October 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Apr    

Archives

Twitter Feed

Tweets by zulakmar