Bumi Pada 23.5 Darjah

Setiap hari kita menyaksikan matahari terbit dan terbenam. Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Bumi yang berputar dari barat ke timur menjadikan kejadian matahari terbit dan terbenam. Bumi berputar mengelilingi matahari pada paksinya sendiri. Ahli sains telah membuat ukuran bahawa bumi berputar pada paksinya 23.5 darjah condong ke arah matahari. Kejadian ini bukan sahaja menjadikan siang dan malam tetapi lebih dari itu. “Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Surah Al-Anbiya ayat ke 33) “Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,” (Surah Adh-Dhariyat ayat ke...

Read More

Potential Difference, V = IR

Sains merupakan bidang yang mengkaji dan menguji kejadian alam untuk diaplikasi bagi menyelesaikan permasalahan harian. Eksplorasi sains melalui proses melihat alam dan mengumpulkan data dari alam. Akhirnya, suatu kesimpulan dibuat di atas perhatian yang dijalankan. Hubungan kesimpulan sains dan alam adalah satu penerangan akan fungsi dan kaedah alam berfungsi. Maka dengan itu, ilmu sains menerangkan dengan lebih lanjut akan kewujudan dan kejadian di alam ini. Teori dari ilmu sains yang dikecapi melalui penemuan pula merupakan satu penerangan akan kebetulan yang berlaku atas sifatnya yang lumrah seperti penemuan elektrik pada kilat. Kilat itu sifat lumrahnya memiliki kuasa elektrik dan penemuan ini menerangkan dengan lebih lanjut akan perihal elektrik. Oleh...

Read More

Dunia Fizik: Melihat Kekuasaan Allah pada Kapal Terbang

Seorang murid pernah bertanya kepada gurunya tentang bagaimana melihat dan berfikir akan Allah melalui badan diri sendiri. Maka gurunya berkata, berfikirlah bagaimana darah-darah yang cair membawa ribuan zat-zat dan kebaikan pada jutaan sel yang diedarkan melalui sistem peredaran darah. Dan lihatlah juga bagaimana badan memberi tindak balas pada stimuli. Begitu lah ciptaan Allah bila dicipta oleh yang Maha Kuasa. Mata menjadi saksi akan ketinggian ilmu-ilmu Allah dan otak yang berfikir mampu memberi kesimpulan kepada hati yang menginsafi akan kebesaran Allah. Namun, tidak semua yang tidak zahir pada mata tidak dapat difikir oleh otak. Murid yang sama bertanya pada gurunya selepas 2 bulan mempelajari tentang tajuk biologi tadi tentang dunia fizik. Soalannya sama,...

Read More

Sekali Air Bah, Sekali Tanah Berubah (“Fikir Pada Air” Edisi ILuvIslam.com)

Air? Setiap hari kita pasti meneguknya. Cuma yang berbeza adalah perisa dan warnanya. Bila tekak sudah kembali sejuk, dan dahaga sudah hilang kita sering lupa asal usul air yang diminum itu. Air yang kita teguk itu sebenarnya diturunkan daripada langit sebagai hujan oleh Allah S.W.T kemudian ia melalui pelbagai proses kitaran alam semulajadi untuk kepentingan alam ciptaan-Nya. Begitulah ciptaan Allah yang serba unik. Sama juga seperti api, air boleh menjadi kawan dan boleh juga membawa kemudaratan pada masa-masa tertentu. Air yang bersih dijadikan minuman oleh manusia. Air yang kelihatan ringkas tersebut sebenarnya merupakan satu ciptaan yang sangat istimewa buat seluruh alam termasuk manusia. Ia mampu membekalkan oksigen kepada tubuh badan manusia dan...

Read More

Fikir Pada Air

Setiap hari kita meneguknya. Cuma beza ada berperisa dan ada sekadar air kosong. Bila sejuk tekak, menghilang dahaga, kita sering alpa, air sebegitu jugalah yang turun dari langit sebagai hujan, air juga lah yang terkumpul di tanah menjadi banjir dan air jugalah yang mengeras menjadi salji dan ais. Begitulah ciptaan Allah. Dengan medium yang sama, cuma berubah tempat dan keadaannya, air mampu menjadi kawan dan mampu menjadi musibah kepada kita. Air sebagai minuman, air memberi tenaga dan menghilangkan rasa haus. Mengisi kembali air yang terhilang dari proses badan. Menjadi cecair yang menggerakan zat-zat makanan dan mengangkut sisa-sisa proses kehidupan sel di dalam badan. Melegakan tekak, minuman berbuka puasa. Air sebagai hujan, menyuburkan tanam-tanaman dan...

Read More

Indahnya Malam

Setiap hari kita menghadapi perubahan antara siang dan malam. Adakalanya kita terleka dibuai kerja dan tanggungjawap hinggakan perubahan antara malam dan siang tidak terasa. Bagi mereka yang menyedari perubahan ini, mereka berpeluang melihat kecantikannya. Masakan para photographer menunggu untuk merakamkan gambar-gambar saat indah ini. Sedar tidak sedar, saat indah ini terjadi setiap hari. Bukan sekali setiap hari, tetapi 2 kali sehari. Saat ini sangat indah kerana disitulah kita juga bertukar dari kerja yang meletihkan kepada waktu berehat. Meskipun ada yang bekerja malam, tetapi dia juga mengalami perubahan di waktu pagi. Oleh kerana itu, sedang kita sangat bekerja keras, kita perlu pulang ke fitrah manusia itu sendiri iaitu berehat selepas penat. Semudah itu...

Read More