Logo
  • Pencatat Nota
Copyright, 2015
December 30, 2015
Zulakmar
Agama, Fakta, Knowledge Sharing, Nasihat, Personal
0

Ganda Rezeki Siri 2

PreviousNext

>> Taddabur Ayat-ayat Al-Quran dalam memahamkan kita bagaimana hakikat mencari rezeki di bumi Allah ini

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.’
Surah Al-Baqara ayat 245

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Al-Baqara ayat 261

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.
Surah Al-Baqara ayat 265

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Surah Al-Baqara ayat 272

Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya [pahala] sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya [dirugikan].
Surah Al-Anaam ayat ke 160

Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (2) Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan [keperluan] nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan [yang dikehendaki] Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (3)
Surah Talaq ayat 2 dan 3

>> Jangan tinggal solat sunat dhuha, lakukan kerana ketaatan kepada Allah bukan semata-mata niat untuk cari rezeki

Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. – Hadis riwayat Imam Muslim

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud

“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya,” – Hadis Riwayat At-Thabarani

Bila nak baca ayat-ayat AlQuran dan hadith ni? Ayat-ayat tu bukan untuk di baca dan dihembus pada air dan minum…tetapi untuk di amalkan isinya… menuntut diri untuk lakukannya bersungguh-sungguh. Nekad dan taat. usahalah dengan berniaga, bekerja bersungguh-sungguh dan sebagainya….. serahlah segalanya kepada Allah dalam usaha itu kerana Allah sahaja pemegang kunci rezeki itu.

Antara kesilapan kita dalam mencari rezeki adalah tidak bersyukur dengan rezeki Allah. Paling ketara adalah dengan membelanjakan rezeki Allah itu pada tempat yang salah seperti beli barang undang maksiat, benda diharamkan, dan belanja pada perkara sia-sia. Tidak syukur dengan nikmat maka tidak digandakan nikmat.

Dan [ingatlah juga], tatkala Tuhanmu mema’lumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah [ni’mat] kepadamu, dan jika kamu mengingkari [ni’mat-Ku], maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
Surah Ibrahim ayat ke 7

Jangan tunggu dan tangguh… cari guru dan belajar dalam hal ini… merungut akan kelemahan manusia lain tidak bawa kita ke mana-mana sedangkan rezeki kita sudah ditakdirkan oleh Allah kerana datangnya rezeki dari Allah, mohonlah kepada Allah, berhenti berharap kepada manusia.

Wallahu’alam

Related

al-quranduithadithinfaqmakannasirezekisedekah
Share this

The Author Zulakmar

A man who people call him an engineer but himself calling a friend to everyone :) and.. Very opened to discuss any issue for knowledge and development :)

Seorang pencatat nota bagi apa diketahuinya dan apa rasional untuk dikongsi dari fikirannya. Kewajaran baginya untuk pembaca apa dicatatnya berfikir sebelum bertindak dan mengenal pasti risiko sebelum mengamalkannya.

Seorang yang pasti ada yang tidak menyukainya kerana kelantangan kata-katanya tetapi berpendirian teguh dengan apa difikirnya kerana itu datangnya kewajaan diri sebagai seorang pemikir dan pencatat.

Catatan kata-kata dan leteran itu adalah ilmu mudah. Setiap catatan adalah ilmu dan berfikir itu memastikan antara ilmu itu boleh diguna atau tidak berguna.

More Posts Like This One

Ganda Rezeki Siri 1

December 30, 2015

Kisah Benar: Duitkah yang dicari?

August 25, 2010

Al-Quran Hantaran Perkahwinan

October 6, 2010
0 Comments General

Leave A Comment

 
MENGHARUNGI FASA TRANSFORMASI NASIONAL
Harapan Hina
Surat Terbuka Kepada DSMM
Ilmu, Belajar & Menara Gading
Jawatan & Kerja

Kategori Buku Nota

  • Agama (123)
  • Business (9)
  • Disiplin Nota (205)
    • Cetusan Idea (19)
    • Cetusan Pendapatan (65)
    • Fakta (55)
    • Komen dari Pemerhatian (67)
    • Luahan Rasa (2)
    • Salinan Semula (73)
    • Seni Warisan & Sastera (46)
    • Simpanan Nota Bermanfaat (9)
    • Video (8)
  • Engineering & Sciences (20)
  • Kembara Notafikir (10)
  • Kepimpinan & Pengurusan (13)
  • Kisah-kisah Santai (40)
  • Knowledge Sharing (74)
  • Monolog (13)
  • Nasihat (19)
  • Others (8)
  • Personal (45)
  • Pingai Iram (1)
  • Politics & Economy (32)
  • Renungan (20)
  • Seni & Sastera (46)
  • Sirah (7)
  • Sociology (24)
  • Understanding Islam (49)

Tags

akhirat al-quran Allah Anak bahagian cabaran cinta doa dosa dugaan duit fathul hadith ilmu indonesia Islam kahwin kepimpinan kitab Kitab Nashaihul Ibad Masa melayu Nashaihul Ibad neraka notafikir pahala penggembala Politik puasa puisi ramadhan Rasulullah Rasulullah SAW Raya rezeki Sajak seoul South Korea syurga tauhid tawaf Tawaf Penggembala Tunang ucapan Yahudi

Bookshelves

The Drop
The Lost Symbol
MALAYSIAN TALES: Retold & Remixed
Cinta Fansuri
Mukmin Profesional: Celik Mata Hati
Ilham di Tepi Tasik
Lost Times and Untold Tales from the Malay World
Readings from Readings: New Malaysian Writing
The Imperfectionists
Keledang
Dari Salina ke Langit Petang
Don't Be Sad
Islam Liberal dan Pluralisme Agama
Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan
Bukan Pasarmalam
Tahafut-Al-Falasifah - Incoherence of the Philosophers
Einstein Never Used Flashcards: How Our Children Really Learn--and Why They Need to Play More and Memorize Less
Active Baby, Healthy Brain: 135 Fun Exercises and Activities to Maximize Your Child's Brain Development from Birth Through Age 5 1/2
A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
What's Right with Islam: is What's Right with America
}
October 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Apr    

Archives

Twitter Feed

Tweets by zulakmar