Persediaan Terakhir Menghadapi Peperiksaan

Sudah tidak lama lagi bagi adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan awam untuk membuat persediaan terakhir. Pada ketika ini, tentu hati kamu seakan berdegup laju dan gemuruh menunggu hari-hari yang menentukan masa depan kalian. Percayalah gemuruh itu membawa kebaikan jika ditanganinya dengan sebaiknya.

Ketika kita sudah tidak lagi jauh dari tarikh peperiksaan, apakah persediaan yang penting untuk memastikan kita memasuki dewan peperiksaan dengan tenang dan membawa keyakinan yang tinggi.

Berikut adalah persediaan -persediaan yang penting berdasarkan pengalaman saya sendiri yang melalui berpuluh-puluh peperiksaan dari sekolah rendah hinggalah ke menara gading. Saya fikir, persediaan ini sesuai bagi semua peringkat peperiksaan, termasuk peperiksaan penjawatan pekerjaan juga.

1. Memilih kawan yang sesuai
Di saat ini sangatlah kritikal untuk memiliki kawan yang sesuai dengan persediaan kita menduduki peperiksaan. Kawan yang sesuai adalah kawan yang memahami bahawa kita dalam persediaan menghadapi peperiksaan, maka dia tidak membawa kita kepada kelalaian, membuang masa dan tidak juga mengusik hati kita. Kawan yang baik juga akan membantu kita memberikan keadaan yang selesa dalam pembelajaran dan membantu bila perlu.

2. Mengutamakan nota pendek
Telah kita belajar sekian lama maka tidak punya masa lagi untuk mengulangkaji dengan membaca seluruh buku teks tetapi nota-nota ringkas adalah bantuan terakhir bagi mengingat kembali segala apa yang kita pelajari. Peta minda mudah membantu dalam mengulangkaji ini.

3. Masa untuk meluahkan apa dipelajari.
Ada kalanya kita memahami apa kita pelajari tetapi sukar untuk menyampaikannya kembali dalam bentuk jawapan. Maka dsyorkan bahawa di saat akhir ini adalah penting untuk kita berlatih bercerita dan menulis kembali apa yang kita fahami dan pelari. Cara lain adalah dengan menjawap soalan-soalan tahun-tahun lepas dan soalan contoh agar kita terbiasa dengan mengeluarkan segala ingatan dan fahaman kita. Ingatlah peperiksaan adalah medan untuk meluahkan segala apa kita pelajari.

4. Menjaga Hubungan Dengan Manusia dan Alam
Menjauhkan diri dari melalukan kezaliman terhadap orang lain, haiwan dan alam. Jadilah manusia yang baik mulai dari hari ini. Semoga dengan kebaikan kita lakukan, maka kebaikan juga kita perolehi. Termasuklah kita tidak mencela orang lain terutamanya para guru kita. Hubungan dengan ibu bapa teramat penting untuk dijaga. Perbaikilah hubungan kita sesama manusia dan alam agar kita memperoleh keyakinan yang terbaik kerana manusia yang memiliki rasa salah pada orang lain dan manusia yang tidak disukai oleh orang lain adalah manusia yang sering memiliki keyakinan yang lemah dan low-esteem.

5. Rehat yang Mencukupi
Ada para pelajar yang sangat berusaha hingga ke saat-saat terakhir tanpa menghiraukan kesihatannya. Otak memerlukan tenaga yang cukup untuk berfikir dan mengingati segala memori. Maka, wajar untuk tidak terlalu membebankan badan di hari-hari menghampiri peperiksaan. Dapatkah tidur dan rehat yang cukup. Jika bersedia, hanya ambil satu atau dua jam sahaja pada malam peperiksaan untuk menelaah kembali dan terus rehat. Berehat tidak bermaksud berhibur. Rehat yang cukup juga tidak bererti mengambil pil-pil untuk berjaga dan memberi tenaga. Ini sangat tidak digalakan kerana pil-pil seumpama ini boleh melemahkan keupayaan minda.

6. Mengelak Kecelakaan dan Menjaga Kesihatan
Elak mengambil masa di luar rumah atau di jalanan terlalu lama. Ini dapat mengurangkan risiko mendapat kecelakaan. Berdoa agar Allah memberi kebaikan pada kamu. Makanlah dengan makanan yang seimbang dan sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah amat penting bagi memberi vitamin yang cukup ke otak. Kismis dan madu adalah amalan kesihatan yang baik. Jika kesihatan terganggu, jangan membuang masa dan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

7. Memohon Guru Halalkan Ilmu
Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan ilmu yang dihalalkan oleh para guru. Jangan lupa kita juga punya guru iaitu kawan-kawan yang mengajar kita. Mohonlah mereka halalkan ilmu yang mereka ajari kita. Semoga dengan cara ini, kita peroleh doa dari mereka dan keyakinan kita bertambah.

8. Doa & Qiamulail
Jangan tunggu sekolah untuk menganjurkan malam qiamulail dan majlis bacaan yaasin untuk mula berdoa. Malah seharusnya kita sebagai pelajar harus selalu bijak untuk mengatur jadual dan pilihlah malam yang sesuai untuk qiamulail dan berdoa hajat pada Allah. Jangan jemu berdoa kerana Allah sangat gemar hambanya yang berdoa padaNya. Bertaubatlah dengan segala kesalahan yang kita lakukan. InsyaAllah dengan pembersihan jiwa sebegini, kita menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.

9. Sedekah
Keluarkanlah sekadar termampu sedekah. Jadikanlah ini amalan dan rancanglah kewangan kamu. Meskipun kamu masih bergantung pada wang pemberian ayah dan ibu, tidak bermaksud kamu tidak boleh bersedekah. Mungkin hanya sebiji gula-gula atau seteguk air, itu sudah mencukupi sekadar sedekah yang termampu terutamanya pada hari peperiksaan. Ini kerana Allah memberi kebaikan kepada mereka yang bersedekah. Semoga salah satu kebaikan itu adalah kemudahan dalam menjawap soalan dan memperoleh kejayaan.

10. Restu Ayah dan Ibu
Terakhir dan terpenting adalah mendapatkan restu ayah dan ibu. Jangan melangkah ke dewan peperiksaan tanpa restu ayah dan ibu. Salam dan ciumlah tangan mereka setiap hari ke dewan peperiksaan. Bagi mereka yang berjauhan, telefonlah kepada ayah dan ibu sebelum hari peperiksaan. Ucapkanlah pada ayah dan ibu “doakan saya, restukan saya.”

Insya-Allah, sama-sama kita doakan kita berjaya dalam peperiksaan dan menjadi umat yang berilmu serta beramal dengan ilmu yang bermanfaat. Semoga pesanan ini bermanfaat.



Similar Posts:

468 ad

9 Comments

  1. Fadilah
    Oct 2, 2011

    tips menghadapi peperiksaan yg ringkas dan amat berguna..terima kasih,semoga dapat dimanfaatkan dalam exam nt dan berjaya menjadi seorang jurutera seperti anda..i like yr article about bila cinta berputik,adakah dia jodohku..

  2. Zulakmar
    Zulakmar
    Oct 3, 2011

    Assalamualaikum,

    Terima kasih atas sokongan kepada notafikir.com. Saya amat berharap ia dimanfaatkan. Segala puji-pujian bagi Allah.

    Jazakallah Khayran…

  3. siti safya
    May 13, 2012

    insyaallah,nota2 ini amat berguna untuk peperiksaan saya nanti……

  4. aizat
    Jul 16, 2012

    [—TERIMA KASIH —] nta ni amt brgune ke atas saya

  5. wahidah
    Sep 4, 2012

    Terima kasih….Saya minta izin, ambil untuk post kat fb saya dan sampaikan kepada murid2 saya di sekolah. Harap sudi memberi kongsi. tq.

  6. Zulakmar
    Zulakmar
    Sep 11, 2012

    barakallah..silakan :)

  7. masyithah
    Sep 15, 2012

    thanks for the valuable note!

  8. norbaya
    Oct 5, 2012

    mekasih.. ilmu berguna.. mohon izin utk guna tips ni di majlis yg akan diadakan di sekolah lama sya..

  9. KALTHOM
    Oct 19, 2012

    Alhamdulillah dan InsyaAllah akan saya manafaatkan dan kongsikan bersama ank-anak dan anak-anak didik.
    Terima kasih atas perkongsian ini.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>