Logo
  • Pencatat Nota
Copyright, 2015
August 8, 2011
Zulakmar
Kisah-kisah Santai
2

Novel: Tawaf Penggembala – Bahagian 3

PreviousNext

Grrr…. bunyi perut lapar Fathul. Kelihatan seorang tua yang mengaji Al-Quran disebelahnya tersenyum. Barangkali terdengar renyukan perut Fathul tadi. Fathul tunduk malu langsung terus membaca Al-Quran di tangannya.

Kesejukan penghawa dingin Asy-Syakirin yang menyebabkan lapar. Oh tidak, sememangnya Fathul belum menjamah sesuap nasi sekali pun sejak malam tadi. Hanya beberapa teguk air dari paip air minum awam di Taman Tema KLCC yang membasahi bibir Fathul.

Jam lantai besar yang terletak di hadapannya menunjukan pukul 12.30 tengah hari. Maka 1 jam sahaja lagi, azan akan berkumandang tanda telah masuk waktu solat Zohor dan inilah kali pertama bagi Fathul solat Jumaat setelah beberapa bulan dikurung di rumah sendiri. Diasing dari dunia iman dan taqwa. Dicela dan dicaci ibu dan ayahnya sendiri. Fathul merasa tenang menunggu saat solat Jumaat.

Dewan solat masih lengang. Hanya beberapa orang tua kusyuk membaca Al-Quran. Suara-suara menyebut kalam Allah bergaung dan mengasyikan penghuni dewan solat. Kadang-kala terdengar beberapa suara keras dan terbatuk-batuk. Nafas pendek si tua kadang menyesakan dada.

Fathul beralih kembali ke ayat-ayat di hadapannya. Namun, kerana perut yang lapar Fathul tidak berjaya mengfokus sepenuhnya.

Meskipun dia dikurung di rumahnya, namun dia masih beroleh makan dan minum.

‘Perlu aku pergi makan dulu atau makan selepas Jumaat? Duit aku tinggal RM20 sahaja. Sekitar sini, mana tempat boleh aku makan dengan RM20? Selama mana aku boleh bertahan? Sayangnya RM20 ni. Aku kena buat sesuatu untuk cari rezeki aku’ meracau-racau fikiran Fathul tenggelam dalam dilema; ketakutan dan keberanian. Ketakutan yang tidak pernah disingkir sebatang-kara. Keberanian menegakkan kebenaran.

Jemari Fathul terus menunjuk ayat-ayat Al-Quran, sampai di surah al-baqarah ayat 265. Terkumit-kumit mulut Fathul membaca. Satu persatu. Indah. Enak rasa dihatinya. Fathul terdiam di ayat itu. Merenung kembali kalam-kalam itu. Fathul mengulangi ayat itu hingga habis. Panjang ayat ini tapi seperti ada sesuatu.

Fathul merenung. Seperti ada rasa tidak puas hati di dalam dirinya.

Bingkas bangun Fathul mendapatkan Kitab Tafsir di rak sebelah kirinya. Seorang tua di sisinya memerhati tingkah laku Fathul yang tiba-tiba.

Fathul kembali duduk setelah mendapatkan kitab itu. Terpaku melihat maksud ayat itu. Mata Fathul mengalirkan air mata. Setitis air mata menyentuh pipi Fathul. Menitik ke tangannya.

Fathul memerhatikan maksud ayat itu sekali lagi. Di baca dengan teliti. Di amati maksudnya sedalam-dalamnya. Lalu mata Fathul terpejam. Setitis lagi air mata penuh keikhlasan melimpah dari kelopak matanya.

Inilah harapan yang akan memberikan kehidupan padanya. Ketenangan yang sedetik sahaj tiba ke dalam jiwa Fathul, memberi sinar baru. Seolah, pintu yang luas kini terbentang menyebarkan dedaun pintunya ke kanan dan ke kiri. Membuka seluas jalan baginya memasuki kisah baru dalam hidupnya.

“Nak, dari tadi pakcik perasan, anak kerap menangis. Maafkan pakcik nak. Boleh pakcik tahu kenapa?” tegur seorang tua yang duduk di belakang Fathul sejak pagi tadi.

“Tak mengapa pakcik. Saya cuma tersentuh dengan ayat al-Quran tadi. Ia datang tepat waktunya” jawap Fathul tidak menghiraukan kenalan barunya.

“Anak ada masalah? Anak ini asal mana? Rumah di mana?” semakin ramah pakcik yang ingin tahu.

“Manusia mana yang tak ada masalah pakcik. Bezanya sebenar mana masalah sahaja pakcik. Saya asal KL. Nama saya Fathul. Pakcik?” Fathul mengelak dari diketahui orang lain identiti sebenarnya.

“Pakcik Karim. Selepas solat Jumaat. Kita berbual ya. Sabarlah Fathul, setiap masalah ada jalan keluarnya,” begitu meyakinkan kata-kata itu buat Fathul.

‘Ya Allah – engkau datangkan gerak hati padaku. Dan engkau datangkan pula seorang tua yang sangat penyayang. Tentu engkaulah yang merencanakan semua ini. Tidak engkau lemparkan aku dalam dugaan melainkan engkau berikan juga jalan keluarnya,’ hati Fathul berdoa menghidupkan rasa keyakinan.

Penghawa dingin seperti tidak dirasa lagi kerana ketenangan yang hadir dalam hati seolah menyejukkan hati dan dirinya dari dalam. Indah rasa nikmat berharap pada yang Maha Kuasa.

‘Tetapi, apa aku nak buat selepas ini..?’

Related

bahagianfathulpenggembalatawafTawaf Penggembala
Share this

The Author Zulakmar

A man who people call him an engineer but himself calling a friend to everyone :) and.. Very opened to discuss any issue for knowledge and development :)

Seorang pencatat nota bagi apa diketahuinya dan apa rasional untuk dikongsi dari fikirannya. Kewajaran baginya untuk pembaca apa dicatatnya berfikir sebelum bertindak dan mengenal pasti risiko sebelum mengamalkannya.

Seorang yang pasti ada yang tidak menyukainya kerana kelantangan kata-katanya tetapi berpendirian teguh dengan apa difikirnya kerana itu datangnya kewajaan diri sebagai seorang pemikir dan pencatat.

Catatan kata-kata dan leteran itu adalah ilmu mudah. Setiap catatan adalah ilmu dan berfikir itu memastikan antara ilmu itu boleh diguna atau tidak berguna.

2 Comments General

2 Comments

  • aisyah
    November 28, 2011 9:24 pm

    bahagian 2 memang tak de kah??

  • Zulakmar
    November 28, 2011 9:30 pm

    http://www.notafikir.com/?p=1147 bahagian 2

Leave A Comment

 
MENGHARUNGI FASA TRANSFORMASI NASIONAL
Harapan Hina
Surat Terbuka Kepada DSMM
Ilmu, Belajar & Menara Gading
Jawatan & Kerja

Kategori Buku Nota

  • Agama (123)
  • Business (9)
  • Disiplin Nota (205)
    • Cetusan Idea (19)
    • Cetusan Pendapatan (65)
    • Fakta (55)
    • Komen dari Pemerhatian (67)
    • Luahan Rasa (2)
    • Salinan Semula (73)
    • Seni Warisan & Sastera (46)
    • Simpanan Nota Bermanfaat (9)
    • Video (8)
  • Engineering & Sciences (20)
  • Kembara Notafikir (10)
  • Kepimpinan & Pengurusan (13)
  • Kisah-kisah Santai (40)
  • Knowledge Sharing (74)
  • Monolog (13)
  • Nasihat (19)
  • Others (8)
  • Personal (45)
  • Pingai Iram (1)
  • Politics & Economy (32)
  • Renungan (20)
  • Seni & Sastera (46)
  • Sirah (7)
  • Sociology (24)
  • Understanding Islam (49)

Tags

akhirat al-quran Allah Anak bahagian cabaran cinta doa dosa dugaan duit fathul hadith ilmu indonesia Islam kahwin kepimpinan kitab Kitab Nashaihul Ibad Masa melayu Nashaihul Ibad neraka notafikir pahala penggembala Politik puasa puisi ramadhan Rasulullah Rasulullah SAW Raya rezeki Sajak seoul South Korea syurga tauhid tawaf Tawaf Penggembala Tunang ucapan Yahudi

Bookshelves

The Drop
The Lost Symbol
MALAYSIAN TALES: Retold & Remixed
Cinta Fansuri
Mukmin Profesional: Celik Mata Hati
Ilham di Tepi Tasik
Lost Times and Untold Tales from the Malay World
Readings from Readings: New Malaysian Writing
The Imperfectionists
Keledang
Dari Salina ke Langit Petang
Don't Be Sad
Islam Liberal dan Pluralisme Agama
Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan
Bukan Pasarmalam
Tahafut-Al-Falasifah - Incoherence of the Philosophers
Einstein Never Used Flashcards: How Our Children Really Learn--and Why They Need to Play More and Memorize Less
Active Baby, Healthy Brain: 135 Fun Exercises and Activities to Maximize Your Child's Brain Development from Birth Through Age 5 1/2
A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
What's Right with Islam: is What's Right with America
}
October 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Apr    

Archives

Twitter Feed

Tweets by zulakmar