Perkembangan Intelektual Bayi Siri 2: Garis Panduan Perkembangan Bayi
Alhamdulillah, selepas artikel siri pertama “Perkembangan Intelektual Bayi Siri 1: Membina Daya Tumpuan” , ramai yang menulis email, berhubung di facebook dan menghubungi saya di telefon untuk berkongsi pendapat dan mengajukan soalan. Terima kasih dan ini menunjukan betapa pentingnya perkembangan intelektual bayi dan kanak-kanak kepada kita. Oleh yang demikian, dengan izin Allah, saya berharap saya dapat terus mencari ilmu dan terus berkongsi literature research saya mengenai topik ini.
Di siri ke dua ini, saya ingin menjawap soalan yang begitu panas dipersoalkan dan begitu juga dengan permintaan mengenai cara-cara untuk mengenal pasti bayi atau kanak-kanak melalui proses perkembangan intelektual yang normal.
Secara kajian mendalam, begitu banyak garis panduan yang boleh digunakan. Ayah dan ibu boleh menghubungi pakar paedratik masing-masing bagi mendapatkan garis panduan tersebut.
Antara yang paling popular dan mempunyai ketepatan yang tinggi adalah Garis Panduan Perkembangan Intelektual Hallmark. Meskipun ini hanyalah garis panduan, tidak bermakna kita tidak perlu memberi tumpuan terhadap anak-anak jika semua ciri-ciri perkembangan ini dilalui oleh mereka dan juga tidak perlu kita untuk gelisah serta risau jika salah satu atau lebih dari perkara dari garis panduan ini tidak dilalui oleh anak kita.
Ini kerana, garis panduan ini hanya menunjukan perkembangan normal bukannya garis panduan mengenai permasalahan perkembangan bayi. Jika mengikut garis panduan mengenal pasti permasalahan perkembangan bayi, satu atau dua perkara dilalui oleh bayi atau kanak-kanak sudah memadai bagi menjadi titik mula untuk terus melakukan pemeriksaan terhadap anak tersebut. Akan tetapi, garis panduan perkembangan normal adalah bertujuan memberi gambaran jelas proses perkembangan bayi dari had umur tertentu serta menyiap sedia ibu bapa untuk had umur akan datang dengan bantuan proses perkembangan seperti permainan dan lapangan permainan.
Namun begitu, garis panduan perkembangan bayi atau kanak-kanak normal juga menjadi sumber bagi menghasilkan garis panduan permasalahan perkembangan. Oleh yang demikian, jika anak-anak anda yang tidak melalui proses tersebut menjangkaui waktu had umur atau terlalu lama untuk mencapai sesuatu proses perkembangan atau tidak langsung menunjukan melalui proses tersebut, maka elok lah terus menggunakan garis panduan permasalahan perkembangan bayi dan kanak-kanak, terutamanya bagi masalah Autism dan HyperActive (ADHD) yang akan dibincangkan dalam siri ke tiga, insya-Allah.
Mengikut garis panduan Hallmark, terdapat 8 had umur dalam proses perkembangan bayi dan kanak-kanak. Setiap had mempunyai ciri-ciri perkembangan yang berbeza.
Ciri-ciri perkembangan anak anda adalah seperti berikut:
Pada umur 4 bulan:
* Mengikut dan memberi riaksi pada warna cerah, pergerakan dan objek.
* Menoleh ke arah bunyi
* Menunjukan minat pada wajah manusia
* Membalas senyuman anda
Pada umur 6 bulan
* Berhubung dengan anda bila anda berhubung dengan menyentuh dia
* Selalu senyum bila bermain dan berinteraksi dengan anda
* Membuat bunyian di mulutnya bila dia senyum dan suka
* Menangis bila tidak suka dan tidak selesa
Pada umur 9 bulan
* Senyum dan gelak bila melihat anda
* Bertukar-tukar ekpresi muka, senyum,gelak, senyum sayang dan lain-lain dengan anda
* Membuat pelbagai bunyi dengan anda, seolah berbual
* Memberi riaksi tubuh badan yang berbeza seperti mencapai tangan, menoleh, dan menendang
Pada umur 12 bulan / 1 tahun
* Menggunakan pergerakan tubuh badan lebih bermakna pada situasi yang betul dan satu tindak balas satu masa
* Suka bermain permainan atau gurauan sosial seperti peek-a-boo
* Mengeluar atau menghasilkan bunyi perkataan seperti “ma,” “ba,” “na,” “da,” dan “ga?”
* Menoleh ke arah orang yang memanggil namanya
Pada umur 15 bulan
* Membalas senyuman, bunyi dan pergerakan serentak.
* Menggunakan telunjuk atau gerak tubuh badan untuk mendapat perhatian dan memberi tahu perkara diminatinya
* Menggunakan bunyi berlainan untuk mendapat bantuan atau interaksi
* Mampu mengeluarkan dan bertutur perkataan bermakna seperti “ibu”, “mama”, “papa” dan “bye-bye”
Pada umur 18 bulan
* Menggunakan banyak gerak tubuh badan, telunjuk dan interaksi menggunakan tubuh badan seperti menarik tangan ayah untuk membeli permainan
* Menggunakan sekurang-kurangnya 4 huruf kosonen dalam pertuturan seperti m, n, p, b, t, dan d
* Menguasai sekurang-kurangnya 10 perkataan
* Menunjukan dia faham dan kenal nama orang yang biasa berinteraksi dengannya dan tubuh badannya dengan memandang, telunjuk dan memegang bila berinteraksi
* Bermain seolah meniru gaya dan tingkah laku orang sekeliling seperti memberi makan bayi, menyapu sampah, memasak, memandu kenderaan dan vacum rumah.
Pada umur 24 bulan atau 2 tahun
* Lebih kerap bermain seolah meniru gaya dan tingkah laku orang sekeliling seperti memberi makan bayi, menyapu sampah, memasak, memandu kenderaan dan vacum rumah, akan tetapi berkembang dengan melakukan perkara susulan seperti selepas menyapu sampah dia terus membuang kumpulan sampah ke dalam tong sampah atau selepas menyusukan anak patung kemudian menidurkan anak patungnya
* Menguasai sekurang-kurangnya 50 perkataan
* Menggunakan sekurang-kurangnya 2 perkataan sekali tanpa mengulang-ulang atau meniru orang lain dan lebih bermakna seperti “nak nasi”
* Seronok bersama dengan rakan kanak-kanak sebaya lain dan menunjukan minat untuk bermain bersama mereka seperti memberi permainan, meminjam permainan dan ajak bermain
* Mencari atau bertanyakan tentang barangan yang biasa tetapi tidak nampak ketika itu, seperti permainan yang disimpan dalam kotak
Pada umur 36 bulan atau 3 tahun
* Minat terhadap permainan yang bercirikan karektor dengan anda atau alat permainan seperti berbual dengan anda/anak patung, dan bermain pedang dengan anak patung ultraman atau ben-10
* Minat bermain dengan rakan sebaya malah berkongsi pendapat seperti berkongsi cerita tentang permainan kesukaannya
* Menggunakan fikiran dan reaksi badan yang bermakna dalam bercakap dan bermain seperti “baby doll dah makan, dia mengantuk, jangan bising”
* Menjawap soalan anda berbentuk “apa”, “di mana” dan “siapa” dengan mudah
* Mampu berbual tentang minatnya sekarang, dahulu dan apa dia mahukan nanti
Semoga bermanfaat