Logo
  • Pencatat Nota
Copyright, 2015
February 8, 2011
Zulakmar
Agama, Cetusan Pendapatan, Understanding Islam
0

Hujan Nyaman di Bukit, Akhirnya di Lautan

PreviousNext

Inilah pesanan istimewa buat anakku, isteriku, keluargaku dan sahabatku..terutama buat kekandaku dan isteri…

Kita sering merasa saat-saat begitu manis dalam kehidupan dan kita sering cuba mengelak asam garam sebenar kehidupan.

Perjalanan hidup kita ibarat air hujan yang turun di puncak bukit. Memilih aliran hingga ke lautan. Sering kita mahu cepat tiba, tetapi kita mengelak akan batu dan selekoh tebing yang menyapa.

Namun, alangkah berbudinya batu dan tebing, mencipta alun dan liku-liku tajam serta mudah hanya kerana melambatkan kita dari bertukar wajah; dari air yang tiada rasa menjadi masin tiada siapa yang suka.

Begitulah percaturan Allah, memberikan yang terbaik kepada mereka yang beriman kepadaNya.

Tidakkah kita sampai ke syurgaNya tanpa Allah memaafkan setiap dosa dan derhaka?

Dialah Tuhan yang satu dan Dialah satu-satu Tuhan yang Maha Penyayang.

Allah memberikan berbagai dugaan dan cabaran; kecil dan besar, susah dan mudah. Seperti batu dan tebing di sungai. Meskipun sakit dan susah, tetapi dialah pembersih sampah; dosa.

Di setiap cabaran dan dugaan itu terhapuslah dosa kerana kesusahan yang diberikan.

Nabi Muhammad SAW telah berkata yang bermaksud bahawa bagi beberapa orang yang beriman, Allah SWT telah tetapkan kedudukan yang tinggi (di dalam akhirat) yang ia tidak akan capainya melalui amalnya (di dunia), dalam keadaan sedemikian Allah Ta’ala memberikan kesakitan samada melalui demam atau kehilangan harta atau kemarahan ke atas perbuatan anak-anaknya dan kemudian Allah Ta’ala menganugerahkannya kemampuan untuk bersabar yang menjadikannya layak bagi kedudukan yang tinggi dalam syurga itu – Abu Daud

Begitulah Allah swt yang sayang dan kasih kepada umatnya. Semahunya Allah ingin menempatkan umat RasulNya di syurga.

Meskipun cabaran dan dugaan itu datang sebegitu besar, mungkin tidak tertanggung jika difikirkan, percayalah Allah itu tidak menzalimi umatnya malah lebih sayangi kita melebihi kita menyayangi diri kita sendiri.

Di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 286 Allah berfirman yang bermaksud:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

Sayangnya Allah, maka Allah memberikan terus kepada kita doa untuk memohon kemaafan dariNya dalam ayat yang sama, yang bermaksud:

(Mereka berdoa): ‘Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir’.

Maka mulakanlah perjalanan hidup dari saat diduga itu dengan kesyukuran. Alhamdulillah. Allah swt masih sayang dan cinta pada kita serta itulah petanda Allah tidak mengabaikan kita malah bersama kita. Maka syukur sudah, marilah bersabar.

“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Itulah jawapannya, setiap seksa dan dugaan itu pedih tetapi itu hanya jika kita engkar dan tidak bersyukur. Bersyukurlah..bersyukurlah..bersyukurlah. Dan pasti Allah mempermudahkan hidup dan dugaan kita.

Terpenting adalah berhenti melakukan kemungkaran.

Dugaan yang disusuri kesyukuran dan kesabaran akan memudahkan lagi kehidupan kita dan dirahmati.

Firman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 155, yang bermaksud:
 “demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.”

Kita tidak pasti apa yang akan berlaku pada hari esok. Tetapi Allah telah sedia ketahuinya maka Allah sediakan kita bekalan terbaik untuk kita hari esok. Logiklah jika kita perlu lebih dekat dengan Allah supaya kita terus disayangi dan dirahmati.

Berbekalkan rahmat, kita hidup tenang dan bahagia, meskipun dugaan itu datang sebesar bumi di mata orang tetapi sebesar sawi seberat kapas bagi kita.

Bertaubat dan lakukanlah kebaikan. Berdoalah memohon keampunan dan kebaikan.

Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau. – penghulu istifar.

Wahai anakku,
Wahai isteriku,
Wahai mak dan abahku,
Wahai abangku,
Wahai iparku,
Wahai sahabatku,
Percayalah Allah Maha Penyayang,
Miliki sabar,
Kerana rahmatnya besar,
Dunia ini sementara,
Syukurlah Allah hapuskan dosa,
Sebelum Allah menjemput pulang kepadaNya.

Teruslah bersabar dalam menghadapi dugaan Allah dan dekatkanlah diri kita kepada Allah kerana di situ ada ketenangan dan kebahagian.

Air hujan yang turun nyaman dibukit akhirnya masin dan panas dilautan. Batu dan likuk tebing cuba membersih. Namun, satu hari mungkin berakhir juga dilautan. Kerana kurang kesyukuran. Moga kita menjadi awan dari air di sungai dan takungan, sebelum menjadi air masin di lautan.

Wallahu’alam.

Related

cabarandugaanpesanan
Share this

The Author Zulakmar

A man who people call him an engineer but himself calling a friend to everyone :) and.. Very opened to discuss any issue for knowledge and development :)

Seorang pencatat nota bagi apa diketahuinya dan apa rasional untuk dikongsi dari fikirannya. Kewajaran baginya untuk pembaca apa dicatatnya berfikir sebelum bertindak dan mengenal pasti risiko sebelum mengamalkannya.

Seorang yang pasti ada yang tidak menyukainya kerana kelantangan kata-katanya tetapi berpendirian teguh dengan apa difikirnya kerana itu datangnya kewajaan diri sebagai seorang pemikir dan pencatat.

Catatan kata-kata dan leteran itu adalah ilmu mudah. Setiap catatan adalah ilmu dan berfikir itu memastikan antara ilmu itu boleh diguna atau tidak berguna.

0 Comments General

Leave A Comment

 
MENGHARUNGI FASA TRANSFORMASI NASIONAL
Harapan Hina
Surat Terbuka Kepada DSMM
Ilmu, Belajar & Menara Gading
Jawatan & Kerja

Kategori Buku Nota

  • Agama (123)
  • Business (9)
  • Disiplin Nota (205)
    • Cetusan Idea (19)
    • Cetusan Pendapatan (65)
    • Fakta (55)
    • Komen dari Pemerhatian (67)
    • Luahan Rasa (2)
    • Salinan Semula (73)
    • Seni Warisan & Sastera (46)
    • Simpanan Nota Bermanfaat (9)
    • Video (8)
  • Engineering & Sciences (20)
  • Kembara Notafikir (10)
  • Kepimpinan & Pengurusan (13)
  • Kisah-kisah Santai (40)
  • Knowledge Sharing (74)
  • Monolog (13)
  • Nasihat (19)
  • Others (8)
  • Personal (45)
  • Pingai Iram (1)
  • Politics & Economy (32)
  • Renungan (20)
  • Seni & Sastera (46)
  • Sirah (7)
  • Sociology (24)
  • Understanding Islam (49)

Tags

akhirat al-quran Allah Anak bahagian cabaran cinta doa dosa dugaan duit fathul hadith ilmu indonesia Islam kahwin kepimpinan kitab Kitab Nashaihul Ibad Masa melayu Nashaihul Ibad neraka notafikir pahala penggembala Politik puasa puisi ramadhan Rasulullah Rasulullah SAW Raya rezeki Sajak seoul South Korea syurga tauhid tawaf Tawaf Penggembala Tunang ucapan Yahudi

Bookshelves

The Drop
The Lost Symbol
MALAYSIAN TALES: Retold & Remixed
Cinta Fansuri
Mukmin Profesional: Celik Mata Hati
Ilham di Tepi Tasik
Lost Times and Untold Tales from the Malay World
Readings from Readings: New Malaysian Writing
The Imperfectionists
Keledang
Dari Salina ke Langit Petang
Don't Be Sad
Islam Liberal dan Pluralisme Agama
Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan
Bukan Pasarmalam
Tahafut-Al-Falasifah - Incoherence of the Philosophers
Einstein Never Used Flashcards: How Our Children Really Learn--and Why They Need to Play More and Memorize Less
Active Baby, Healthy Brain: 135 Fun Exercises and Activities to Maximize Your Child's Brain Development from Birth Through Age 5 1/2
A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
What's Right with Islam: is What's Right with America
}
October 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Apr    

Archives

Twitter Feed

Tweets by zulakmar