Hati-hati dan Cuci
Tol naik di bandar besar
Apa khabar orang di bandar?
Yang mengundi penggubal dasar di kampung dan di bandar
Orang di kampung tidak rasa seksa harga tol naik bergegar
Dacing bagai dewa dunia lebih baik dari khabar
Pangkah tanda suka dalam sedar
Yang di bandar duit poket tersasar
Orang atas panggil demokrasi
Orang bawah panggil diktator
Semua orang panggil politik
Orang korporat panggil ekonomi
Orang kampung santai
Orang bandar gadai rantai
Di kampung tonton Buletin Utama dan RTM
Di bandar sibuk cari kerja part time
Semua rasa dia hebat
Semua rasa orang lain jahat
Berkumpul semua untuk caci maki dan laknat
Yang rosak pada hati
Negara rosak kerana hati
Hari- hari mahu hati-hati dan cuci
Monolog Nukilan
Zulakmar Hazwan Zulkhefli
Samar lampu simbah, Pajam N9
15 Oktober 2015 00:29