Kami Mahu Hidup Seperti Biasa

Kelmarin dia datang menjengahku
Kini hilang ntah ke mana
Wahai langit
Ke mana kau sembunyikan suria
Ke mana kau alihkan hujan
Wahai angin
Ke mana dingin hirup udaramu
Mengapa kau bawa titik-titik putih kepadaku
Wahai Tuhan Pemberi Rahmat Seluruh Alam
Ampuni dosa kami
Padam segala dosa kami
Turunkanlah hujan pada kami
Bawalah udara putih ini pergi
Kembalikan sang suria
Kembalikan udara yang dingin dan segar
Padamlah api-api kejahatan
Bersihlah jiwa-jiwa yang zalim
Pulanglah wahai udaraku rindu
Jengahlah wahai suria
Haiwan dan pohonan rindukanmu
Kami mahu hidup seperti biasa
Nukilan
Zulakmar Hazwan Zulkhefli
Dalam putihan jerebu, Nilai
22 Oktober 2015