Logo
  • Pencatat Nota
Copyright, 2015
October 13, 2012
Zulakmar
Cetusan Pendapatan, Knowledge Sharing, Komen dari Pemerhatian
0

Siapa Bersamaku Di Meja Peperiksaan?

PreviousNext

Orang yang terhampir denganku di meja peperiksaan adalah tidak kurang semeter di kanan, di kiri, di depan dan di belakangku. Hanya beberapa kali pengawas peperiksaan melintasi hampir dengan mejaku. Tetapi, pada masa itu mereka tidak lagi dapat membantu aku. Apatah lagi untuk mendapat bantuan guru dan buku, kecuali aku tidak berlaku jujur. Siapakah yang dapat membantu aku ketika aku buntu? Siapakah yang dapat memberikan aku sedikit harapan ketika aku hampir rebah berputus asa? Siapa yang dapat mengingatkan aku ketika aku lupa dengan apa yang dipelajari?

Adakalanya, kita telah berusaha, belajar bersungguh-sungguh dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan tetapi tiada siapa dapat pastikan kita benar-benar bersedia untuk peperiksaan selain hanya yakin yang ada pada hati kita. Begitu juga bagi calon peperiksaan yang tidak bersedia, atau tidak yakin dengan persediaan peperiksaan yang dibuat, mereka hanya mampu mengharapkan keyakinan itu hadir dalam diri dan apatah lagi keyakinan itu merupakan kekuatan diri ketika berada di meja peperiksaan.

Siapakah yang dapat membantu kita ketika itu jika tidak Allah SWT. Ketika itu kita tidak boleh minta bantuan sesiapa sahaja kecuali Allah SWT. Allah sahajalah yang dapat membantu dan memberi petunjuk tidak kira masa dan tempat kerana Allah berfirman di dalam Al-Quran:

“Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.” Surah Al-Hadid ayat 4 hingga 5.

Oleh yang demikian, amatlah rugi bagi mereka yang cuba melarikan diri dari Allah SWT tetapi mencari-cari bantuan dan pertolongan. Lantas, syukurlah kepada Allah jika di kala itu mereka masih menyedari bahawa mereka punya Allah untuk memberi bantuan dan pertolongan.

Beruntunglah bagi mereka yang telah lama merapatkan diri kepada Allah SWT dalam usaha mereka itu kerana keyakinan mereka bahawa Allah bersama mereka dan bersama usaha-usaha mereka. Oleh itu, tawakal mereka lebih rapat kepada Allah malah diserahkan kepada Allah SWT. Tatkala mereka berjaya atau tidak, mereka redha kerana mereka lebih gemarkan pilihan dan ketentuan Allah SWT.

Bayangkan seorang pelajar yang tidak dapat mengingati semula sesuatu teori yang penting bagi menjawap soalan dan dia kesuntukan masa, lalu dia terus mengharapkan Allah menguatkan ingatannya serta mengingatkan kembali teori tersebut lalu bertawakal kepada Allah. Tentulah dia tidak merasa kesal malah redha dengan apa yang terjadi kerana keyakinannya yang mendalam akan ketentuan Allah SWT dan berpaut kepada pertolongan Allah SWT.

Usahlah kita persoalkan bagaimana pelajar tersebut akan dibantu Allah kerana pertolongan Allah itu kadang kala datang tanpa disangka-sangka. Berserahlah kepada Allah SWT, Rabb yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Marilah kita sama-sama merenung dan memikirkan apakah caranya menjadi pelajar yang beruntung dan meraih bantuan dari Allah SWT ketika kita amat memerlukannya serta memperoleh kebaikan daripadanya.

1. Menunaikan segala perintah Allah SWT

Tidak hanya kerana peperiksaan dan bantuan Allah, pelajar mestilah menegakan dan mendirikan segala perintah Allah SWT. Pelajar semestinya mengusahakan menunaikan segala yang fardhu sebelum berusaha bertungkus-lumus dalam akademik. Apalah nilai pada ‘straight As’ dengan solat yang tidak terjaga? Kita tidak layak menjadi hina seperti itu malah seharusnya menjadi jauh lebih bernilai.

2. Ikhlas Beramal Kerana Allah SWT

Usah biarkan riak dan takabur memakan diri semula. Lakukanlah segala usaha kerana Allah SWT dan bukannya untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Allah SWT memandang hati kita. Cantik dan indah niat di hati itu akan merapatkan diri pada Allah SWT. Begitu jugalah niat beramal soleh melakukan segala yang fardhu dan sunat dalam ibadat itu mestilah diniatkan kerana Allah SWT.

3. Mengakui Kelemahan diri Kepada Allah SWT dalam bermunajat

Banyakan bermunajat kepada Allah SWT.  Bangun pada waktu malam, dirikan solat sunat tahajjud dan berdoalah kepada Allah lalu menyebut kelemahan-kelemahan diri agar Allah memberi kekuatan untuk membaiki diri. Allah amat menyukai hambanya yang bangun solat malam. Inilah rahsia mendekatkan diri kepada Allah SWT. Di samping berdoa dan solat pada waktu malam, perbanyakan zikir kepada Allah.

4. Memuji-muji Allah SWT

Perbanyakan zikir, tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (laillahaillallah) dan takbir (Allahu-akbar). Sebaiknya di dalami maksud setiap zikir agar meresap ke dalam diri dan membentuk ikhlas dalam memuji Allah SWT. Buatlah sebelum dan selepas mengulangkaji pelajaran. Ia juga membantu dalam menguatkan daya ingatan, daya tumpuan dan kekuatan mental.

5. Menjauhi Maksiat

Tidak lah maksiat di sini hanya semata-mata couple dan zina. Maksiat bererti segala larangan Allah SWT dan perkara-perkara ini yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Meskipun seseorang itu baik dalam beramal tetapi masih melakukan maksiat, maka dia hanyalah mengundang dosa.

6. Menjaga Hubungan dengan Ibu Bapa

Meskipun kita bercita-cita besar dan ada kalanya cita-cita kita itu lebih jauh tinggi dari profesion ibu bapa kita, ini tidak bermakna dalam usaha kita mengejar cita-cita itu, kita boleh lalai dan mengabaikan ibu bapa kita. Merekalah yang mendoakan kita. Merekalah yang akan memberikan restu kepada kita untuk memperolehi kejayaan. Ingatlah, kejayaan di dunia ini hanyalah sementara, tetapi meraih kejayaan di akhirat itulah lebih indah dan utama. Menderhaki ibu bapa hanyalah juga mengundang kemurkaan Allah SWT.

 

Sekali pandang pada keenam-enam langkah tersebut, ternyata langkah tersebut juga merupakan antara langkah menjadi seorang yang soleh dan solehah, seorang yang beramal kerana Allah, hatinya ikhlas kerana Allah dan menjadi seorang yang beriman.

Ini kerana, orang yang beriman dan beramal ikhlas kerana Allah akan mendapat bantuan dari Allah SWT ketika dia dilanda kebuntuan dan musibah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Rum ayat ke 47:

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.“

Oleh yang demikian, janganlah menunggu hingga saat terakhir menduduki peperiksaan untuk menjadi seorang yang beramal soleh dan seorang yang benar-benar beriman. Tanamkan dalam diri nekad untuk mendekatkan diri pada Allah dari sekarang. Tadahlah tanganmu menadah doa kepada Allah agar diampunkan segala dosa yang lalu dan mohonlah hidayah dariNya.

Di meja peperiksaan, jika berlaku kebuntuan, berisitgfarlah kepada Allah, bertasbihlah kepada Allah, kenangkanlah apakah amal soleh yang pernah kita ikhlas lakukan, lalu berdoalah kepada Allah agar diberikan pertolongan dan jalan keluar dari kebuntuan itu.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Imran ayat ke 160:

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.”

Marilah kita bermuhasabah diri ketika mana kita dilanda kebuntuan dan kesempitan, apakah pernah kita ikhlas dalam beramal? Apakah kita memiliki ciri-ciri orang yang benar-benar beriman? Semoga kita tidak terlambat untuk memperbaiki diri; lapang sebelum sempit, senang sebelum susah.

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.  Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya.  Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.  Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.  Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. “
Surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 11

Setelah mengetahui bahawa adanya pertolongan di kala kita memerlukan, kita sepatutnya memperkasakan usaha dan memperhebatkan usaha kerana kita tidak lagi gentar dengan halangan di hadapan kita. Allah suka pada hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam berusaha, tidak berputus asa dan ikhlas beramal soleh.

Kamulah insan yang berjaya! Insya-Allah.

Related

peperiksaantawakalusaha
Share this

The Author Zulakmar

A man who people call him an engineer but himself calling a friend to everyone :) and.. Very opened to discuss any issue for knowledge and development :)

Seorang pencatat nota bagi apa diketahuinya dan apa rasional untuk dikongsi dari fikirannya. Kewajaran baginya untuk pembaca apa dicatatnya berfikir sebelum bertindak dan mengenal pasti risiko sebelum mengamalkannya.

Seorang yang pasti ada yang tidak menyukainya kerana kelantangan kata-katanya tetapi berpendirian teguh dengan apa difikirnya kerana itu datangnya kewajaan diri sebagai seorang pemikir dan pencatat.

Catatan kata-kata dan leteran itu adalah ilmu mudah. Setiap catatan adalah ilmu dan berfikir itu memastikan antara ilmu itu boleh diguna atau tidak berguna.

More Posts Like This One

Pulanglah Setelah Bersabar

March 11, 2015
0 Comments General

Leave A Comment

 
MENGHARUNGI FASA TRANSFORMASI NASIONAL
Harapan Hina
Surat Terbuka Kepada DSMM
Ilmu, Belajar & Menara Gading
Jawatan & Kerja

Kategori Buku Nota

  • Agama (123)
  • Business (9)
  • Disiplin Nota (205)
    • Cetusan Idea (19)
    • Cetusan Pendapatan (65)
    • Fakta (55)
    • Komen dari Pemerhatian (67)
    • Luahan Rasa (2)
    • Salinan Semula (73)
    • Seni Warisan & Sastera (46)
    • Simpanan Nota Bermanfaat (9)
    • Video (8)
  • Engineering & Sciences (20)
  • Kembara Notafikir (10)
  • Kepimpinan & Pengurusan (13)
  • Kisah-kisah Santai (40)
  • Knowledge Sharing (74)
  • Monolog (13)
  • Nasihat (19)
  • Others (8)
  • Personal (45)
  • Pingai Iram (1)
  • Politics & Economy (32)
  • Renungan (20)
  • Seni & Sastera (46)
  • Sirah (7)
  • Sociology (24)
  • Understanding Islam (49)

Tags

akhirat al-quran Allah Anak bahagian cabaran cinta doa dosa dugaan duit fathul hadith ilmu indonesia Islam kahwin kepimpinan kitab Kitab Nashaihul Ibad Masa melayu Nashaihul Ibad neraka notafikir pahala penggembala Politik puasa puisi ramadhan Rasulullah Rasulullah SAW Raya rezeki Sajak seoul South Korea syurga tauhid tawaf Tawaf Penggembala Tunang ucapan Yahudi

Bookshelves

The Drop
The Lost Symbol
MALAYSIAN TALES: Retold & Remixed
Cinta Fansuri
Mukmin Profesional: Celik Mata Hati
Ilham di Tepi Tasik
Lost Times and Untold Tales from the Malay World
Readings from Readings: New Malaysian Writing
The Imperfectionists
Keledang
Dari Salina ke Langit Petang
Don't Be Sad
Islam Liberal dan Pluralisme Agama
Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan
Bukan Pasarmalam
Tahafut-Al-Falasifah - Incoherence of the Philosophers
Einstein Never Used Flashcards: How Our Children Really Learn--and Why They Need to Play More and Memorize Less
Active Baby, Healthy Brain: 135 Fun Exercises and Activities to Maximize Your Child's Brain Development from Birth Through Age 5 1/2
A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
What's Right with Islam: is What's Right with America
}
November 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« Apr    

Archives

Twitter Feed

Tweets by zulakmar