Logo
  • Pencatat Nota
Copyright, 2015
December 26, 2011
Zulakmar
Business, Cetusan Pendapatan, Kepimpinan & Pengurusan, Knowledge Sharing, Komen dari Pemerhatian, Politics & Economy, Sociology, Understanding Islam
3

Kepimpinan yang Mendidik

PreviousNext

Seorang ketua negara adalah pemimpin rakyatnya. Seorang majikan adalah pemimpin pekerjanya. Seorang ketua kampung adalah pemimpin penduduk kampungnya. Seorang ayah adalah pemimpin keluarganya. Seorang individu adalah pemimpin dirinya sendiri.

Tidak kurang hebatnya tanggungjawab memimpin bagi setiap individu. Memimpin adalah perlu bagi meletakan jagaan kepimpinan samada diri sendiri atau ahli organisasi di jalan menuju kepada objektif yang ditetapkan.

Dalam pada mengatur langkah tersebut, diri kita atau organisasi dipersiapkan bagi memastikan kita dalam keadaan sedia dan sesuai setibanya ke destinasi objektif.

Oleh kerana itu, seharusnya kita mendidik dalam memimpin. Jika pemimpin hanya mementingkan objektif tetapi tidak mempersiapkan pimpinannya, maka, objektif mungkin tercapai tetapi keadaan lebih rumit ketika itu dengan masalah-masalah lain hasil dari pencapaian objektif akan timbul.

Sebagai contoh, seorang majikan yang menggariskan jualan 1000unit produk akan berjaya menjual 1000unit dengan kepimpinannya tetapi kemungkinan kehilangan pekerja mahirnya kerana pekerjanya tidak dididik untuk terus berkhidmat dan memiliki moral yang baik. Seorang majikan yang lain, sentiasa mendidik dan memberi tunjuk ajar dalam perniagaan serta memupuk moral yang tinggi dalam berniaga, akan berjaya menjual 1000unit produk yang sama. Tetapi berkemungkinan besar akan terus mengekalkan pembeli serta pekerjanya yang suka dan selesa berurusan dengan syarikatnya.

Semudah-mudah kepimpinan adalah dengan mendidik. Apatah lagi jika tugas utama organisasi adalah pendidikan seperti institusi pendidikan dan institusi keluarga.

Kepimpinan yang kita sering kali amati adalah kepimpinan yang tidak mendidik dan hasilnya adalah organisasi yang hanya mementingkan keuntungan syarikat semata-mata dan berhadapan dengan risiko pengekalan momentum jualan, nilai-nilai korporat dan integriti.

Seluruh dunia sering kali menjadikan tokoh-tokoh kepimpinan yang berjaya sebagai role-model kepimpinan mereka. Tetapi, sayangnya, tidak semua tokoh ini berjaya mendidik.

Mendiang Steve Jobs menjadi role-model innovasi kerana kepimpinan transformational yang diiringi dengan didikan yang menyuntik fahaman bahawa innovasi bukan suatu perkara uyang mustahil, malah sesuatu yang baru dapat dicipta untuk kegunaan umum dari perkara yang kita belum pernah lakukan. Apple cuba keluar dari kebiasaan yang kita lakukan lalu menghasilkan produk-produk berinovasi tinggi.

Contoh-contoh teladan kepimpinan yang mendidik telah lama wujud dan banyak. Setiap para Rasul Allah memberikan teladan yang baik dalam konteks ini. Mereka menjadi pemimpin kepada umat dan diri mereka sendiri dengan sikap serta sifat terpuji bagi menjadi contoh lalu mendidik diri sendiri dan umat mereka. Nabi dan para Rasul adalah contoh kepimpinan sepanjang zaman. Namun begitu, jarang sekali kita memandang kisah-kisah para Nabi dan Rasul dalam konteks kepimpinan. Insya-Allah, notafikir.com akan cuba membincangkan konteks kepimpinan para Nabi dan Rasul untuk kita contohi serta mula memimpin dengan mendidik.

Inilah isi pati kepimpinan melalui teladan yang lebih mudah diintepretasi dengan istilah kepimpinan yang mendidik.

Masa depan negara bukan terletak pada kepimpinan semata-mata tetapi juga tertakluk kepada nilai dari kepimpinan yang ditonjolkan. Kejayaan para tokoh Islam seperti Salehuddin Al-Ayubi menonjol akhlak yang terpuji dan mendidik pasukannya dengan ilmu agama yang baik supaya memiliki akhlak yang indah meskipun berhadapan dengan kawan mahupun lawan.

Apatah lagi apabila negara kita disepak-sepak dengan gelombang politik yang menjijikan. Pimpinlah diri sendiri dengan mendidik, agar kita tidak dizalimi serta berupaya memimpin orang lain untuk tidak menzalimi malah mendidik.

Renung-renungkan, samada kita selama ini memimpin diri dan organisasi menuju objektif dengan mendidik atau tidak.

Related

bahagian 1kepimpinanmendidiksiri kepimpinan
Share this

The Author Zulakmar

A man who people call him an engineer but himself calling a friend to everyone :) and.. Very opened to discuss any issue for knowledge and development :)

Seorang pencatat nota bagi apa diketahuinya dan apa rasional untuk dikongsi dari fikirannya. Kewajaran baginya untuk pembaca apa dicatatnya berfikir sebelum bertindak dan mengenal pasti risiko sebelum mengamalkannya.

Seorang yang pasti ada yang tidak menyukainya kerana kelantangan kata-katanya tetapi berpendirian teguh dengan apa difikirnya kerana itu datangnya kewajaan diri sebagai seorang pemikir dan pencatat.

Catatan kata-kata dan leteran itu adalah ilmu mudah. Setiap catatan adalah ilmu dan berfikir itu memastikan antara ilmu itu boleh diguna atau tidak berguna.

More Posts Like This One

Surat Terbuka Kepada DSMM

February 3, 2016
3 Comments General

3 Comments

  • theufO
    December 28, 2011 10:11 am

    Assalamualaikum dan semoga penulis serta keluarga berbahgia…

    terima kasih di atas perkongsian info tersebut…
    Sekarang, jarang kita dapat mendengar pemimpin melaung – laungkan hendak mencontohi kepimpinan Rasul, Nabi & Para Sahabat Nabi serta tokoh islam yang terdahulu…

    ini menyebabkan org bukan islam pun tidak mengenal dan siapa serta sifat terpuji Rasul , nabi & para sahabat nabi serta tokoh islam..

    terima kasih….

    Segala pujian bagi Allah SWT…

  • fie
    January 1, 2012 3:38 pm

    syukran…sgt brmanfaat! =)

  • Wanita
    July 15, 2016 11:48 pm

    kalo da hukum tuhan kata jgn ubah ciptaan Nya, jgn la buat ye dak? ni ada plak muslim liberal bagai.. da tu siap bg hukum sdiri plak.. nasihat aku, kalo x tau hukum jgn nk pandai2 kuarkn statement yg bleh mengelirukn org..p/s: pagi ni kaler rambut, malam kena &#taruk828117; ngn laki.. sok pg seblum mandi hadas kalerkn itam rambut dlu.. haha.. giler liberal ko ni norma.. ~sigh~

Leave A Comment

 
MENGHARUNGI FASA TRANSFORMASI NASIONAL
Harapan Hina
Surat Terbuka Kepada DSMM
Ilmu, Belajar & Menara Gading
Jawatan & Kerja

Kategori Buku Nota

  • Agama (123)
  • Business (9)
  • Disiplin Nota (205)
    • Cetusan Idea (19)
    • Cetusan Pendapatan (65)
    • Fakta (55)
    • Komen dari Pemerhatian (67)
    • Luahan Rasa (2)
    • Salinan Semula (73)
    • Seni Warisan & Sastera (46)
    • Simpanan Nota Bermanfaat (9)
    • Video (8)
  • Engineering & Sciences (20)
  • Kembara Notafikir (10)
  • Kepimpinan & Pengurusan (13)
  • Kisah-kisah Santai (40)
  • Knowledge Sharing (74)
  • Monolog (13)
  • Nasihat (19)
  • Others (8)
  • Personal (45)
  • Pingai Iram (1)
  • Politics & Economy (32)
  • Renungan (20)
  • Seni & Sastera (46)
  • Sirah (7)
  • Sociology (24)
  • Understanding Islam (49)

Tags

akhirat al-quran Allah Anak bahagian cabaran cinta doa dosa dugaan duit fathul hadith ilmu indonesia Islam kahwin kepimpinan kitab Kitab Nashaihul Ibad Masa melayu Nashaihul Ibad neraka notafikir pahala penggembala Politik puasa puisi ramadhan Rasulullah Rasulullah SAW Raya rezeki Sajak seoul South Korea syurga tauhid tawaf Tawaf Penggembala Tunang ucapan Yahudi

Bookshelves

The Drop
The Lost Symbol
MALAYSIAN TALES: Retold & Remixed
Cinta Fansuri
Mukmin Profesional: Celik Mata Hati
Ilham di Tepi Tasik
Lost Times and Untold Tales from the Malay World
Readings from Readings: New Malaysian Writing
The Imperfectionists
Keledang
Dari Salina ke Langit Petang
Don't Be Sad
Islam Liberal dan Pluralisme Agama
Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan
Bukan Pasarmalam
Tahafut-Al-Falasifah - Incoherence of the Philosophers
Einstein Never Used Flashcards: How Our Children Really Learn--and Why They Need to Play More and Memorize Less
Active Baby, Healthy Brain: 135 Fun Exercises and Activities to Maximize Your Child's Brain Development from Birth Through Age 5 1/2
A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
What's Right with Islam: is What's Right with America
}
October 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Apr    

Archives

Twitter Feed

Tweets by zulakmar