Selamat Hari Pendidik
Anas bin Malik RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan” ~Riwayat Imam Ahmad~ Guru pertama dan selamanya adalah ayahanda dan bonda. Guru di sekolah dan universiti serta madrasah adalah guru yang datang dalam hidup kita mengajar sementara tetapi ilmu itu diperoleh selamanya. Rasulullah SAW, budimu bagaikan air mengalir, jasamu bak selaut mutiara, baktimu bagai segunung permata. Wahai insan bernama Muhammad, sungguh mulia pengorbananmu, tidak mengenal penat lelah....
Read MoreMudahnya Mendirikan Rumah Tangga
Lebih setahun yang lalu, saya pernah menulis satu artikel bertajuk “Dugaan Bertunang atau Dugaan Mendirikan Rumah Tangga” yang menjadi artikel paling banyak di baca di laman NotaFikir.com. Alhamdulillah. Semoga dengan artikel tersebut, kita semua dapat manfaat dari pesanan dan teladan yang diceritakan. Walaubagaimanapun, tersimpan dalam lubuk hati saya rasa tidak senang dengan capaian pembaca dengan artikel tersebut kerana khuatir timbul rasa kerisauan atau menjauhkan diri dari pernikahan akibat dugaan-dugaan yang diceritakan dalam artikel tersebut. Oleh kerana itu, saya ingin berkongsi pula kemudahan dalam mengejar ijab dan qabul, yakni pernikahan. Allah telah berfirman dalam Surah Ash-Sharh ayat ke 5 dan ke 6 yang bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah...
Read MoreBumi Pada 23.5 Darjah
Setiap hari kita menyaksikan matahari terbit dan terbenam. Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Bumi yang berputar dari barat ke timur menjadikan kejadian matahari terbit dan terbenam. Bumi berputar mengelilingi matahari pada paksinya sendiri. Ahli sains telah membuat ukuran bahawa bumi berputar pada paksinya 23.5 darjah condong ke arah matahari. Kejadian ini bukan sahaja menjadikan siang dan malam tetapi lebih dari itu. “Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Surah Al-Anbiya ayat ke 33) “Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,” (Surah Adh-Dhariyat ayat ke...
Read MoreNovel: Tawaf Penggembala – Bahagian 15 Sub 1/3
“Ritz, you ada di mana?” Itulah soalan yang terus ditanya kepada Fathul sebaik sahaja berjaya menembusi talian telefon bimbit Fathul yang amat susah untuk dihubungi ketika dia masih di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur. “I ada di Pejabat Pos. Kenapa? Tan Sri OK?” “Ayah OK. Mas telefon ni pun sebab ayah yang suruh”. “Ayah suruh? Ada apa Mas?” “Ritz, ayah nak jumpa you malam ni jam 8 malam”. “Baiklah. Tapi kenapa?”. “Ayah baru selesai meeting dengan B.O.D. tadi. Dia perlu beri tahu keputusan mesyuarat tadi” “Mesyuarat? Kenapa adakan mesyuarat? Tan Sri masih di wad kan?” “Ayah yang mendesak” “Baiklah. Insya-Allah saya akan sampai selepas solat Maghrib.” Fathul memandang ke sekeliling pejabat pos yang masih belum surut dengan...
Read MoreImbangan Ilmu Dunia & Ilmu Agama
Dalam kegawatan akhlak dan masalah jenayah juvana, ramai ibu bapa yang amat risau dengan keadaan anak-anak mereka. Namun, tidak kurang pula ibu bapa yang hanya menunding jari menyalahkan orang lain termasuk pihak kerajaan dan sebahagian lagi langsung tidak endahkan apa yang terjadi. Di tengah-tengah kebingitan permasalahan ini, terselit permasalahan yang kurang mendapat perhatian iaitu permasalahan di kalangan ibu bapa yang amat mengambil berat akan perihal anak mereka dan amat pentingkan tarbiyah keagamaan serta moral. Tidak dinafikan bahawa kekuatan ilmu agama serta amalnya mendirikan tembok-tembok yang kukuh bagi mengasingkan anak-anak dari terjebak dalam kancah masalah moral dan akhlak. Namun begitu, ini bukanlah alasan untuk anak-anak mereka tidak cemerlang...
Read MoreMelakukan Kesilapan, teladan dari Sirah Nabi Adam AS
Sebelum ini kita telah membincangkan sifat kepimpinan Nabi Adam AS iaitu memiliki ilmu pengetahuan yang luas sebagai sifat kepimpinan yang terpuji. Sifat kepimpinan ke dua paling terserlah yang boleh dipelajari dari sirah Nabi Adam AS ialah sifat mengakui kesalahan dan sedia menerima implikasi dari kesalahan yang telah dilakukan. Perlu diingatkan di sini bahawa kesilapan yang terjadi adalah tidak disengajakan. Nabi Adam AS telah mendekati pohon yang dilarang oleh Allah lalu memakan buah dari pohon itu. Walaubagaimanapun, saya tidak merancang untuk mengulas dengan mendalam sirah Nabi Adam AS satu persatu dan memadai untuk hanya membincangkan sifat kepimpinan tersebut. Mari kita mengambil sedikit masa untuk memerhati keadaan yang berlaku disekeliling kita....
Read MoreNota Qalbu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT. Dengan kesyukuran kepada Allah SWT atas pelancaran web baru saya www.notaqalbu.com yang bertujuan memberikan pesanan-pesanan ringkas dalam kesibukan harian kepada diri saya sendiri dan para sahabat sekalian. Nota-nota ringkas yang akan memberi pesanan agar hati sentiasa tenang dan sedkit demi sedikit membersihkan hati kita yang sentiasa disogok dengan perihal dunia. Dalam masa yang sama, dengan nota-nota ringkas dan pantas ini mengingatkan diri ini dan para pembaca akan keEsaan Allah SWT. Saya amat berharap usaha yang kecil dari diri yang kerdil ini mendapat teguran dan panduan dari para ilmuan. Silalah berikan teguran dan nasihat. Semoga kebenaran dapat ditegakan dengan tepat....
Read MoreMelangkaui Sempadan Negara
Ketika seorang anak gadis berhijab lengkap terpaksa melangkah pergi, ayah bonda menitiskan air mata – tanda kasih sayang yang tidak dapat dibendung oleh kerinduan yang akan dititipkan jauh dari tanahair. Kehilangan yang sementara seakan kehilangan selamanya. Titisan air mata ayah bonda bukti kasih sayang mereka terhadapnya bercampur kerisauan akan keselamatan dan kesihatan cahaya mata yang membesar dan dididik dalam perhatian mereka. Kini dia melangkah pergi untuk menimba ilmu dan mengejar cita-cita. Dihujung sana, seorang jejaka yang mana dia adalah seorang anak, seorang ayah dan seorang suami sedang bersalaman dan berpelukan dengan anak-anak, isteri dan ayah bonda. Dia akan pergi untuk mencari nafkah untuk keluarga dan atas tuntutan kerja. Sebulan berlalu,...
Read MoreVideo: Ceramah Maulidul Rasul 1433H oleh Ust Don
Ceramah Maulidul Rasul oleh Yang Berbahagia Ustaz Don Daniyal di Surau Al-Ikhwan Taman Puncak Jalil Seri Kembangan pada 11Feb2012 sempena Sambutan MaulidulRasul 1433H dan Ulang tahun ke 2 Surau Al-Ikhwan menjalankan solat Jumaat.
Read MoreKepimpinan Rasulullah SAW
Keindahan pekerti dan peribadinya tidak asing lagi bagi mereka yang mengenalnya. Meskipun telah lebih seribu tahun meninggalkan kita, namun, sinar Baginda terus menerangi. Alhamdulillah. Kita dilahirkan sebagai ummat Rasul kesayangan Allah, Dialah Nabi Muhammad SAW. Baginda bukan sahaja hebat dalam mengtunaikan tanggungjawab dan menonjolkan perwatakan yang menyenangkan, malah Baginda berjaya memimpin para sahabat dalam tugasan dakwah serta terus memimpin ummatNya hinggalah ketika di hari perhitungan. Kepimpinan apakah yang ditranslasikan yang membawa kejayaan yang sangat besar, hinggakan para cendekiawan Islam dan bukan Islam seluruh dunia masih mengkagumi kehebatan Baginda hingga hari ini? Dunia telah menyaksikan kehebatan kepimpinan-kepimpinan bercorak...
Read More





















