Kisah Bahagia di Waktu Malam

Kadang kala dalam kita hidup berjiran ini, kita tidak perlu tunggu orang komen atau membuat aduan. Kita sendiri boleh faham untuk hidupkan suasana bahagia dan harmoni
Tak perlu tunggu orang marah dan mengadu baru nak perlahankan suara sembang kat luar depan rumah bila lewat malam mcm 10 ke atas
Tak perlu tunggu orang marah dan mengadu baru nak berhenti ketuk paku dinding
Tak perlu tunggu orang marah dan mengadu baru nak berhenti vacuum rumah
Tak perlu tunggu orang marah dan mengadu baru nak memandu perlahan dalam kawasan perumahan
Tak perlu tunggu orang marah dan mengadu baru nak perlahankan bunyi tv, radio dan komputer
Kenapa tunggu orang marah dan mengadu sedangkan semua itu hanya dari kesedaran sivik?
Hormatilah jiran dan hidupkan suasana bahagia dan harmoni. Jika bukan dari penghuni tempat itu sendiri, siapa lagi yang akan hidupkan suasana indah itu?
Berilah masa jiran kita berehat setelah penat lelah mencari rezeki. Selesaikanlah urusan di awal malam.
Ingatlah dan fahamilah bahawa ada anak yang perlukan tidur yang nyenyak, ada ayah yang perlu rehat dari lelah, ada ibu yang ingin melihat keluarganya bahagia, ada si sakit yang perlukan ketenangan dan ada hati yang ingin jadikan rumahnya syurganya di dunia.