Kesempurnaan Kemuliaan

Jika kerana fizikal manusia raih kemuliaan, mengapa ada manusia merendahkan martabat dirinya dengan membuka aurat fizikal dirinya.
Jika kerana akal manusia raih kemuliaan, mengapa ada manusia yang merendahkan martabat dirinya dengan menggunakan akal pada tujuan yang salah. Namun akal mampu menjaga kemuliaan manusia pada fizikal manusia.
Jika kerana hati manusia raih kemuliaan, mengapa ada hati manusia yang benci, hasad, dengki dan iri yang merendahkan martabat dirinya. Namun hati dapat menjaga kemuliaan manusia pada akal agar dibezakan baik dan buruk.
Maka, dengan apakah manusia dapat meraih ketinggian kemuliaan yang sempurna? Yang meletakan kemuliaan yang sempurna pada manusia adalah nilai agama padanya. Dengan Islam bersemi pada hati, manusia meraih iman dan taqwa. Membersih hati sebaiknya untuk meletakan dirinya pada martabat kemuliaan yang sempurna, bukan hanya dimuliakan penduduk di dunia tetapi juga yang menghuni di langit.
Bukankah ada yang tidak masuk kepada Islam tetapi ia dimuliakan kerana hatinya yang baik dan menjaga fizikal dirinya serta perwatakannya? Malangnya, kesempurnaan kemuliaannya tidak diraih kerana tiada cahaya iman dan taqwa yang bersinar.