Pengejar Cita-cita
CCermin diri lah diri wahai pengejar cita-cita,
Nak urus masa sendiri pun belum kita mampu. Kita alpa dengan pelbagai cara. Kita gagal optimumkan masa dan urusan kita. Walau bagaimanapun, kita masih mampu bermimpi dengan angan-angan yang melangit.
Gerakan dirimu menuju cita-cita. Biar rasa ditubuh badan merentas masa menghampiri cita-cita. Tadbir diri, tadbir masa. Fokus pada langkah. Segalanya hanya dengan izin Allah, langit yang tinggi sekalipun mampu diraih. Tetapi kenapa terhenti melangkah sedangkan melaungkan cita-cita. Andai kita sendiri ikat kaki ke tanah, usah katakan awan ingin disentuh tangan, tanah setapak di hadapan belum tentu pun kita cecah. Itukah cara sang pemimpin terbilang?
