Adab Ziarah Kubur

Adab Ziarah Kubur

1. Ketika ziarah kubur, baca istighfar, doa dan baca al-Quran. Istighfar memohon maaf bagi si mati. Dan berdoa bagi si mati.

2. Duduk di tepi kubur dan duduk atau pijak atas kubur itu haram kecuali darurat.

3. Jika ziarah kubur orang alim, banyak berdoa kerana orang yang alim dulunya banyak dimustajabkan doa. Jangan pula minta dari orang yg telah mati. Syirik! Cuma mengambil berkat dari orang alim.

4. Mayat mendapat rahmat dari bacaan alQuran dan tasbih dengan menumpang rahmat makhluk yang berdoa dan bertasbih. Bukannya makhluk itu bacakan untuk mayat.

5. Beristighfar mengenangkan diri kita ini juga akan mati kelak. Mati itu dekat dengan kita. Duduk sekejap sebelum balik, bertafakur. Sekali mati kita takkan kembali ke dunia untuk beramal.

6. Baca surah al-ikhlas dan akan mendapat pahala sebanyak jumlah mayat di kuburan itu.

7. Baca alQuran di kubur itu baca yang ringan-ringan dan menghadiahkan pahala itu kepada si mati. Niat di dalam hati.

8. Beringat kita tak bawa kekayaan ke dunia akhirat. Kita hanya dikafan dengan kain kosong, bila mati guna kain lepas sahaja.

9. Sunat ketika ziarah kita mengadap muka mayat dan berdoa mengadap qiblat.

10. Dengan izin Allah, amalan orang yang hidup ditunjukan pada orang yg telah mati.

Semoga kita dapat amalkan esok ketika ziarah hari raya ke kubur.

Sumber: kuliah agama Ust Azhar Idrus (mp3 kungfu mabuk)



Similar Posts:

    No Similar Post Found

468 ad

3 Comments

  1. Wadi
    Sep 20, 2010

    Salam. Minta bapa juga kongsi ilmunya kaitan berpuasa di bulan syawal

  2. Zulakmar
    zulbigo
    Sep 20, 2010

    Salam. Insya-Allah bila saya sudah belajar nanti saya akan kongsi. Wadi dari mana? Indonesia?

  3. annuaire
    Sep 25, 2010

    That’s what I call useful informations, tweeted right now..

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>