Teladan dari Kisah Hidup Mikael atau Michael Jackson

Sebelum saya memulakan perbincangan ini, maafkan saya jika teks artikel serta isi-patinya pada kali ini menyinggung perasaan sesetengah pihak atau kurang tepat. Perbincangan ini berlandaskan pemikiran dan pendapat saya sendiri berdasarkan fakta-fakta mampu dicapai tersedia di dalam internet.

Sekian lama saya mencari maklumat yang saya perlukan tetapi hampa kerana tiada satu pun punca maklumat menyebut mengenai pendidikan formal dan tahap akademik Mikael (atau Michael Jackson, dan selepas ini disebut sebagai MJ di dalam teks ini).  Tetapi saya tidak beranggapan bahawa MJ tidak mempunyai langsung pendidikan namun beranggapan MJ tidak memiliki pendidikan yang memadai.

MJ menjalani kehidupan tidak normal sebagai seorang kanak-kanak yang lain. Bahkan, MJ agak tertekan dengan kehidupan kanak-kanaknya. MJ di dera, di pukul, di cela dan di takut-takutkan ketika zaman kanak-kanaknya. Penghujung zaman kanak-kanaknya, MJ di halau keluar rumah. Begitulah gambaran secara ringkas kehidupan raja pop itu ketika masih kecil. Cukup untuk menyatakan di sini bahawa MJ tidak melalui zaman kanak-kanak yang normal.

Tidak cukup dengan itu, bakat MJ dikembangkan terus sejak kecil lagi. Sejak bangku sekolah lagi, MJ telah mula melakukan persembahan. Bakatnya diketahui dan digilap sehingga terkenal.

Secara tidak sengaja, kita telah asyik dan kusyuk dengan gelaran Raja Pop dan pencapaiannya serta kemerduaan persembahannya dalam arena muzik. Kita terlupa, insan berbakat ini tidak mendapat pendidikan yang memadai dan tidak pula meningkat dewasa dalam keadaan yang normal.

Seseorang yang melalui perkara sebegini, mempunyai kesan yang sangat mendalam. Secara kasar, kemungkinan besar orang seperti ini tidak mempelajari rencah kehidupan sebenar, berdikari dengan cara survvival yang sebenar, mengharungi kegelutan kehidupan yang sebenar, mudah di tipu dan memerlukan bantuan yang sangat terperinci dalam menguruskan hidupnya sendiri. Bagi mereka yang hilang keseronokan zaman kanak-kanak pula , akan lebih berat untuk beraksi dan suka seperti kanak-kanak pada zaman dewasa. Taksub dengan kegembiraan tanpa batasan. Teruja dengan keriangan yang tidak terhingga. Baru dapat merasa, nikmat zaman kanak-kanak.  Oleh kerana sebab ini, MJ lebih gemar kanak-kanak, mencari kegembiraan bersama kanak-kanak dan mencipta keriangan buat kanak-kanak.

Lebih menakutkan apabila MJ lebih mudah ditipu dan diperkotak-katikan. Kekurangan ilmu bagi menguruskan hidupnya sendiri menyebabkan MJ terpaksa mengupah orang-orang tertentu bagi tujuan tersebut. Maka terjadilah pergantungan diri MJ terhadap orang upahannya termasuk doktor perubatan, perunding kewangan, pengurus program dan ramai lagi. Amat menyedihkan adalah apabila ini membuka seluas-luasnya ruang bagi sesiapa sahaja untuk mengambil kesempatan. Logik kita kata bahawa, pergantungan yang tidak bertali kukuh membawa nahas yang sangat memedihkan. Bersinaran wang yang bakal diterima, tentunya MJ terpaksa juga membayar mereka ini demi menguruskan kehidupannya dan tentu sahaja amat sukar bagi MJ untuk menentukan apakah realiti atau mana satu pula perbuatan tidak bertanggung jawap. Maklum sahaja, dari kecil lagi sudah popular dan dikurung demi keselamatannya sebagai selebriti, bila pula hendak belajar realiti kehidupan.

Oleh yang demikian, masuk akal bagi kita untuk menyatakan di sini bahawa, pendidikan atau ilmu survival serta serba sedikit ilmu pengetahuan atau pengalaman dalam realiti kehidupan amatlah penting. Jangan pula kita terpaksa mengia kerana kita tidak tahu dan berilmu. Mudah di ambil kesempatan.

Teladannya, seseorang yang membesar haruslah melalui peringkat-peringkat perubahan umur dan suasana yang normal. Bukan sahaja selebriti melalui kesan buruk dari ketidaknormalan perubahan ini malah mereka yang dikatakan genius juga melalui kehidupan kurang normal di peringkat dewasa. Perkara ke dua yang perlu kita titik beratkan adalah ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk mengelak dari diri dipermainkan dan dikencam. Terutamanya dalam menentukan rasional sesuatu keputusan dan tidak di tipu. Dua perkara ini adalah proses kehidupan yang amat penting kerana dengan proses-proses ini maka terbentuklah kematangan dalam berfikir, menjana keputusan dan mengurus kehidupan seseorang. Inilah yang mungkin terjadi pada MJ yang menyebabkan ramai pihak ingin mengambil kesempatan dari kekayaan MJ, hasil dari kekurangan pengalaman, ilmu pengetahuan dan kematangan yang setanding keadaan kehidupan.

Harapnya kisah teladan ini membuahkan kita titik langkah penting bagi mendidik anak menjadi insan yang berjaya dan memiliki nilai kehidupan yang menggembirakan.



Similar Posts:

468 ad

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>