Kepimpinan Rasulullah SAW

Keindahan pekerti dan peribadinya tidak asing lagi bagi mereka yang mengenalnya. Meskipun telah lebih seribu tahun meninggalkan kita, namun, sinar Baginda terus menerangi. Alhamdulillah. Kita dilahirkan sebagai ummat Rasul kesayangan Allah, Dialah Nabi Muhammad SAW.

Baginda bukan sahaja hebat dalam mengtunaikan tanggungjawab dan menonjolkan perwatakan yang menyenangkan, malah Baginda berjaya memimpin para sahabat dalam tugasan dakwah serta terus memimpin ummatNya hinggalah ketika di hari perhitungan.

Kepimpinan apakah yang ditranslasikan yang membawa kejayaan yang sangat besar, hinggakan para cendekiawan Islam dan bukan Islam seluruh dunia masih mengkagumi kehebatan Baginda hingga hari ini?

Dunia telah menyaksikan kehebatan kepimpinan-kepimpinan bercorak transformasi, autokratik, birokratik, karismatis dan bermacam lagi. Para professional dalam bidang kepimpinan mungkin mengkategorikan kepimpinan Rasulullah SAW dalam salah satu jenis tersebut, namun begitu, apakah ia rasional jika jenis kepimpinan yang sama menghasilkan kejayaan yang begitu besar bezanya dengan Rasulullah SAW. Maka lebih rasional untuk menyatakan bahawa kepimpinan Baginda amat berbeza lalu menghasilkan kejayaan yang amat besar. Berbeza itu boleh ditafsirkan sebagai jenis kepimpinan campuran dan memiliki elemen yang tersendiri yang jarang diimplimentasi dalam kepimpinan sekarang.

Elemen yang tersendiri dan membantu menghasilkan impak terhebat adalah kepimpinan dengan kasih sayang.

Elemen kasih sayang telah banyak mengubah manusia; dengan kasih sayang manusia yang mindanya kusut menjadi tenang, dari hati keras menjadi lembut, dari jenayah menjadi insaf, dari luar kawalan menjadi disiplin dan dari kenal menjadi cinta.

Sifat keperibadian dan perwatakan Rasulullah SAW amat disenangi sejak Baginda masih kecil lagi yakni sejak sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul Allah. Ini membuatkan keperibadian dan perwatakan itu menenangkan hati mereka yang kenal Rasulullah SAW dan menjadi kesukaan untuk dijadikan rakan. Maka kasih sayang diberikan kepada Rasulullah SAW melalui perasaan suka dan tenang itu.

Tambahan lagi Rasulullah SAW sendiri bersifat amat penyayang; dari kisah anak kecil yang mendapat perhatian Baginda, kisah wanita buta disuap makanan oleh Baginda hinggalah kisah saat kewafatan Rasulullah SAW, semuanya bukti-bukti kasih sayang Baginda. Sifat kasih sayang Baginda amat tersohor sekali.

Oleh yang demikian, kekuatan pada kepimpinan Rasulullah ada pada sifat kasih sayang tersebut kerana dengan cinta yang lahir dari Rasulullah SAW menjadikan orang lain memberikan kasih sayang juga kepadaNya, maka segala pengajaran dan arahan mudah disalurkan serta ditunaikan. Ini kerana perhubungan perasaan ini melahirkan rasa keikhlasan, kejujuran, telus dan setia.

Begitulah sifat orang dilamun cinta, tidak sanggup melukai pasangan, menipu dan curang malah makin mahu disayangi kembali dan saling menhormati.

Di peringkat organisasi mahupun nasional, apabila kepimpinan dipacu oleh sifat kasih sayang maka kepimpinan lebih jujur dan menolak rasuah serta salah gunakuasa. Begitu juga apabila pemimpin merasa cinta pada rakyatnya, maka pemimpin akan mementingkan hak-hak rakyat dan membelakangi kepentingan peribadi, serta dalam pada itu pemimpin tersebut akan memberi perhatian penuh kepada rakyat dengan mengambil berat aspek kesan-kesan yang akan berlaku apabila sesuatu keputusan di ambil. Pada masa yang sama, pemimpin itu akan dihormati, disayangi dan dikasihi.

Sempena Maulidul Rasul tahun ini, eloklah kita munasabah diri dan mulai menilai diri kita agar kita dapat kenali kekurangan yang ada dalam kepimpinan. kita. Bentuklah suasana kasih sayang melalui kepimpinan agar organisasi kita adalah suatu organisasi yang sangat produktif dan menjadi pilihan untuk bekerja kerana terpukau dengan kepimpinan yang penuh kasih sayang.

Nabi Muhammad SAW sentiasa contoh kepimpinan terhebat sepanjang zaman. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW.



Similar Posts:

468 ad

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>